Ditulis Oleh:
Nama: Aisyah Bt Haziman
No siri :
013 | No.Matrik: ( 14021109 )
Siapa
Rohingya dan sejarah ringkas di sebalik penindasan mereka
Rohingya merupakan kacukan daripada pelbagai
bangsa seperti Arab, Parsi, Afghanistan mahupun dari Bengal dan Chittagong.
Jumlah mereka mewakili separuh daripada jumlah penduduk Rakhine.
Selama ini kita biasa dengar isu penindasan di Palestin, Syria, Iraq dan sebagainya. Namun isu Rohingya tenggelam timbul dan jarang mendapat perhatian media, mungkin kerana keterbatasan maklumat mengenai mereka.
Kajian mengenai Rohingya agak terbatas khususnya
dalam konteks diaspora di Malaysia. Jika pun ada, ia cenderung kepada
mengaitkan Rohingya dan pencabulan hak asasi dan laporan kertas kerja yang
bersifat negatif.
Antara naskhah yang membicarakan secara mendalam
mengenai sejarah Rohingya dan masyarakatnya di Malaysia ialah tulisan
Azlinariah Abdullah, “Air Mata Kesengsaraan Rohingya: Identiti, Penindasan dan
Pelarian”, di mana ia asalnya hasil tesis penulis di peringkat Sarjana Sejarah
Asia Tenggara (Myanmar) dan kemudiannya dibukukan.
Secara umumnya, Rohingya merupakan kelompok
minoriti Islam di Myanmar. Sebahagian besar orang Rohingya menetap di Arakan
(kini dikenali Rakhine), terutamanya di sekitar Maungdaw, Buthidaung,
Rathedaung, Sittwe dan Kyauktaw.
Rakhine hari ini merupakan tumpuan utama orang
Islam semenjak abad ke-8 masihi lagi. Nama lama bagi Rakhine iaitu Arakan
dikatakan berasal daripada perkataan Arab “Arkan” yang bermaksud rukun-rukun.
Kedudukannya yang terletak berhampiran dengan
laut menjadi tempat persinggahan pedagang Islam. Pedagang Arab yang singgah di
Arakan sebahagiannya berkahwin dengan masyarakat tempatan dan kemudiannya
menetap di Arakan.
Orang pertama yang dikatakan mengembangkan Islam
di Arakan adalah Muhammad Ibn Hanifiya. Ini menyumbang kepada kepadatan
penduduk Islam yang tinggi di Arakan.
Berdasarkan perkembangan sejarah, Rohingya
merupakan kacukan daripada pelbagai bangsa termasuklah Arab, Parsi, Afghanistan
mahupun dari Bengal dan Chittagong. Jumlah penduduk Rohingya di Rakhine pula
dikatakan 1.4 juta orang, mewakili separuh daripada jumlah penduduk Rakhine.
Antara isu utama bagi umat Islam Rohingya adalah
status mereka sebagai warganegara Myanmar. Ketika zaman British, mereka diklasifikasikan
Indo-Burman. Ketika Myanmar mencapai kemerdekaan pula, mereka dianggap sebagai
bukan warganegara, padahal orang Rohingya mendiami Rakhine sejak ratusan tahun
yang lalu.
Pendek kata, status orang Rohingya sebagai
minoriti yang terasing adalah merupakan sumbangan penjajahan British di
Myanmar.
Di Myanmar, terdapat 134 etnik antaranya Karen,
Chin dan Mon. Namun, Rohingya tidak diiktiraf sebagai kumpulan dan etnik
tersebut. Kehilangan identiti masyarakat Rohingya berlaku apabila mereka
melarikan diri ke Bangladesh pada tahun 1942 ketika berlaku perang etnik.
Apabila mereka kembali semula ke Myanmar, dasar negara berubah. Kesannya,
mereka tidak lagi diakui sebagai rakyat negara itu. Mereka menjadi pengemis di
negara sendiri.
Malah ketika kerajaan Ne Win berkuasa, pihak
tentera yang sedang berhadapan dengan pemberontakan komunis dan etnik
menjadikan isu Rohingya sebagai isu yang tidak begitu penting.
Nasib malang terus menimpa mereka apabila
Undang-Undang Kewarganegaraan Burma (Citizenship Act of Burma) diperkenalkan
pada tahun 1982. Akta ini diluluskan oleh Ne Win yang bertujuan mahu
menghapuskan terus etnik Rohingya dari peta Myanmar. Ini menyebabkan
Kementerian Luar Myanmar tidak mengiktiraf Rohingya sebagai sebahagian daripada
kumpulan etnik di Myanmar.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
menyenaraikan Rohingya sebagai golongan masyarakat yang menerima penindasan
paling buruk di dunia.
Penduduk Muslim Arakan dibunuh dan dihapuskan
secara besar-besaran sejak Burma menceroboh Arakan pada tahun 1784. Mereka mahu
menukar Arakan menjadi wilayah Buddha yang berpengaruh di Myanmar. Bahkan lebih
kurang seramai 1.5 juta Muslim Rohingya dipaksa keluar dari tanah air mereka
apabila junta tentera berkuasa sejak tahun 1962. Junta tentera menetapkan
peraturan yang ketat kepada perjalanan agama selain Buddha di Myanmar.
Antara operasi yang dianggap paling kejam ke
atas masyarakat Rohingya adalah Operasi Naga Min (King Dragon Operation) yang
merupakan sebahagian daripada Pelan 20 Tahun Pembasmian Rohingya (The 20-year
Rohingya Extermination Plan).
Operasi ini yang dimulakan pada 6 Fen 1978,
secara umumnya bertujuan menangkap pendatang haram di Myanmar terutamanya dari
China, Bangladesh, India dan Nepal. Namun tujuan yang terselindung di sebalik
operasi ini adalah ke atas orang Rohingya yang sememangnya tiada pengenalan
diri.
Orang Rohingya yang menyedari mereka menjadi
sasaran bertindak menentang balas. Penentangan balas ini kemudiannya dijadikan
alasan oleh pihak kerajaan untuk bertindak lebih kejam ke atas mereka. Ketika
operasi ini berkembang ke Buthidaung dan Maungdaw, beratus-ratus Muslim lelaki
dan wanita dihumban ke dalam penjara. Ada yang diseksa dan dibunuh. Kaum wanita
pula dirogol.
Kekejaman ini menyebabkan sebahagian besar
Rohingya lari meninggalkan kediaman masing-masing dan menjadi pelarian.
Pada 1991, dilancarkan kempen pembasmian etnik
termasuk orang Rohingya dengan kod nama “Pyi Thaya”. Dalam operasi ini,
penyeksaan dan kezaliman ke atas orang Rohingya terus berlanjutan. Mereka
ditangkap, dibunuh malah kaum wanitanya dirogol. Tempat tinggal mereka dan
masjid turut dimusnahkan. Malah pada 2001, ratusan masjid dimusnahkan.
Konflik membabitkan Rohingya dan Rakhine kembali
meletus pada 2012. Khabar yang menyatakan kononnya seorang gadis Rakhine
menjadi mangsa rogol oleh pemuda Rohingya menyebabkan penganut Buddha segera
membalas dengan membunuh 10 orang penduduk Islam.
Lebih 1,000 orang terkorban dibunuh oleh puak
Rakhine, 3,000-4,000 cedera, 10,000 hilang dan 115,000 hidup melarat di khemah
penempatan sementara.
Malahan ratusan sami Buddha berkumpul pada awal
September 2012 dalam perarakan menyokong tindakan presiden agar orang Rohingya
dihantar ke negara lain.
Ini menunjukkan betapa dalamnya kebencian
masyarakat tempatan terhadap golongan Rohingya termasuk golongan sami. Padahal
sepatutnya merekalah yang seharusnya menunjukkan “compassion” yang tinggi
terhadap penganut agama lain.
Umat Islam Rohingya juga berhadapan dengan
penindasan dari sudut keagamaan. Masjid dan madrasah ditutup secara paksa.
Malah ada masjid, madrasah dan sekolah agama yang diarahkan supaya dimusnahkan.
Mereka juga dihalang dari membina masjid baru mahupun membaik pulih masjid
sedia ada. Ini menyebabkan banyak masjid seperti “hidup segan mati tidak mahu”.
Kanak-kanak Rohingya turut terjejas. Mereka
berdepan dengan diskriminasi berhubung pendidikan, penjagaan kesihatan dan
perkerjaan. Kanak-kanak yang lahir mesti didaftarkan dengan bayaran yang
bertambah mahal sejak 2002. Ini memberi kesan yang besar kepada orang Rohingya
lebih-lebih lagi yang tidak mempunyai wang.
Mereka juga menghadapi masalah kebuluran.
Sebanyak 60% kanak-kanak Rohingya menderita kurang zat makanan sekaligus
mendedahkan mereka kepada wabak penyakit dan menjejaskan pertumbuhan fizikal
dan mental mereka.
Diskriminasi ke atas pendidikan kanak-kanak
Rohingya menyebabkan ramai kanak-kanak buta huruf terutamanya di kawasan
Rakhine Utara. Bahkan mereka juga dipaksa menjadi buruh untuk melakukan kerja-kerja
keras dan berat.
Malaysia harus memprotes tindakan kekejaman ini
dengan cara menggantung sementara urusan dagangan Malaysia-Myanmar dan menutup
kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur. Kerajaan Malaysia juga harus menghantar
pasukan bantuan kemanusiaan dengan mendesak kerajaan Myanmar untuk bekerjasama.
Hadiah Keamanan Nobel yang dianugerahkan kepada Aung San Su Kyii juga harus
ditarik balik kerana berdiam diri atas kekejaman dan pembantaian kerajaan
Myanmar terhadap umat Islam di Rohingya.
Sama-sama kita doakan krisis ini berakhir
segera.
peranan Umat Islam: Sebagai umat Islam yang ingin
mengaplikasikan ’konsep persaudaraan Islam’, maka kita tidak boleh memandang
masalah yang dihadapi oleh golongan muslim Rohingya ini dengan ’sebelah mata’.
Sebalikmya menjadi suatu kewajipan kepada kita untuk membantu mereka sedaya-
upaya bagi merealisasikan konsep persaudaraan sesama muslim. Antaranya ialah
dengan menitipkan doa buat saudara-saudara kita di sana.
PERISTIWA SYRIA
Syria merdeka dari
penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria
sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah
selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang
telah memerintah selama 11 tahun.Syria telah menjadi negara yang diperintah
oleh diktator.
Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang
menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI,
yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu
anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai,
mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ) Ahli Sunnah Waljamaah.
Kerajaan Syria
didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri
merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6
peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama
Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni.
Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh
rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga
menyokong tindakan Hafez Al-Assad.
BERMULA ZAMAN AYAHNYA
Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada
tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk
Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik
sekian lama.
Rakyat mula kembali
bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian
merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia
berlaku di 157 tempat di Syria.
PUNCA KEBANGKITAN
ADALAH : Ada sekumpulan
kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu
di dinding sekolah mereka.
Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah “RAKYAT MAHU
JATUHKAN KERAJAAN”. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku
kebangkitan rakyat.
Pasukan keselamatan
Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara
mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah
meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain
dilepaskan.
Kerajaan telah
meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi
wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu
bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.
1-Dalam masa 42 hari
telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah
cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di
mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital
tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan
ditahan.
5-413 orang telah
syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan
dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan
abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari
terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti
bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah
ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya.
Tetapi beliau melawan.
Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat
itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir
merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa
Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga
daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk
membunuh Muslimin Sunni..
84% daripada posisi
kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri
daripada 3 keluarga besar,
6% daripada posisi
tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar..
Tiada posisi bagi
Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu
dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang
Israel pun tidak ditumpahkan darah..
PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM &
SELAKU SEORANG MANUSIA
-Mendoakan saudara
kita di Syria , Myanmar , palestin ,dan dinegara-negara yang bergolak
-Menghulurkan bantuan
untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita
sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA dan Myanmar
Ingatlah Saudaraku,
Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang
lain, maka bukan dari kalangan KAMI” dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang
zalim:
Kalam Saidina Ali KWJ; “Sesungguhnya negeri yang
batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga
datangnya kiamat”.
Firman Allah Taala
dalam Surah Al-Isra’ ayat 81;
“Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang
lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu
sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”.
Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d ayat 17 ; adapun
buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda
yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi.
* https://www.youtube.com/watch?v=9OPPqydI-PE-AIR MATA ROHINGYA
kunjungi info kemenangan dan keberuntungan di pokerayam.co
ReplyDeletebanyak sekali member menjadi kaya dengan cepat
hanya mengeluarkan 10 ribu dapat hadiah hingga jutaan rupiah
tunggu apalagi kawankuu, segera bergabung !!!
Bisa juga hubungi , info :
BBM : D8E5205A