Tuesday, January 10, 2017

Jiwa merdeka jiwa orang bersyukur

Ditulis Oleh:
NAMA : TUAN SYAZWANI BINTI TUAN JAAFAR
NO MATRIK : 14021194
NO SIRI : 034

            Tidak ada seorang manusia yang waras mahu dirinya dibelenggu. Tidak ada negara yang dijajah tidak mahu merdeka. Malaysia yang pernah dijajah lebih 400 tahun silh berganti oleh kuasa besar mencapai kemerdekaanya pada 1957. Memerdekakannegara ini dari penjajah dan anasir komunis adalah sesuatu perjuangan dan pengorbanan. Membangun jiwa merdeka bagi mengisi kemerdekaan tidak mudah. Melakukan pengisian sebagai negara maju dan berdaulat dalam masyarakat berbilang kaum lebih mencabar lagi dan menuntut kebijaksanaan.

            Selama 59 tahun kemerdekaan berjalan berbagai cabaran yang dilalui tetapi Malaysia masih tegak berdiri sebagai negara yang sedang membangun dan mengalami transformasi dalam banyak bidang. Ini menimbulkan iri hati dalam kalangan kelompok yang berkepentingan dan kelompok luat negara yang bersubahat untuk menjadikan Malaysia kucar kacir. Kelompok yang berkepentingan dalam negara sedang berusaha memecahbelahkan perpaduan orang melayu sedangkan zaman mereka memerintah dulu perpaduan melayu menjadi keutamaan. Sudah berdekad orang melayu dididik supaya mencurigai pembangkang kerana mereka mempunyai agenda tersendiri yang sifatnya melampau dan tidak patriotik.

            Sekiranya masyarakat Malaysia khususnya orang melayu tidak bersyukur dengan pencapaiannya, berkat perjuangan akan hilang. Memang manusia tidak akan puas dengan apa yang ada tetapi kemerdekaan seharusnya merintis jalan kearah kesyukuran yang tinggi kerana kemerdekaan telah meletakkan Malaysia membangun dan maju walaupun kelemahan tetap ada untuk diperbaiki bersama. Jiwa kesyukuran bertitik tolak dari kejernihan hati. Sekiranya hati bersifat benci dan dendam apa pun kebaikan yang terjadi akan dilabel sebagai zalim dan tidak islamik. Inilah pendekatan yang gopoh akhirnya membawa konflik sesama umat Islam walaupun Islam tidak mengajar sifat sedemikian.

            Islam mendidik kita mengukuhkan ukhuwah atau persaudaraan. Jika berlaku perselisihan muzakarahlah dengan bijaksana supaya tidak timbul ego menyatakan aku benar dan orang lain semuanya salah. Itu tanda orang yang tidak bersyukur dan ini bukan jiwa orang yang merdeka. Kita tidak mahu apa yang berlaku di Syria,Iraq,Libya,Bahrin dan Mesir terjadi di Malaysia lebih-lebih lagi umat Islam sedang berdepan dengan ancaman Daesh. Jangan biarkan diri kita terjebak dan diperalatkan untuk kepentingan pihak ketiga yang bertekad menghancurkan Islam dan sejarah tamadunnya. Justeru kemerdekaan yang ada harus dipertahankan dengan rasa syukur yang tinggi.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *