Tuesday, January 10, 2017

MASIH RELEVANKAH PENGAJIAN ISLAM?

Ditulis Oleh:
NAMA : TUAN SYAZWANI BINTI TUAN JAAFAR
NO MATRIK : 14021194 | NO SIRI : 034

            Tiada siapa menafikan. Ilmu agama pada hari ini sangat mudah diperoleh. Segalanya berada di hujung jari. Tidak perlu lagi bermusafir ribuan batu untuk menyemak status riwayat yang diperolehi, kesusahan itu sudah banyak dihilangkan oleh kemudahan-kemudahan yang terhasil dari kecerdikan manusia berfikir dan bekerja. Terima kasih kepada kemudahan ini. Bermula dari bekalan elektrik, alat elektrik, surat elektronik dan semua yang terangkum didalam slogan efektif ,efisyen ,pantas ,tepat dan jelas berpiksel tinggi.
            Dalam segala kemudahan ini, sepatutnya banyak masalah umat Berjaya diselesaikan. Namun tiada siapa yang dapat menafikan, baik oleh pertimbangan akal, mahupun oleh emosi yang merasa, kehidupan hari ini lebih meresahkan. Suatu ketika, kita pernah diperingatkan oleh Rasulullah S.A.W :
            Daripada Abu Hurairah Abd al-Rahman ibn Sakhar r.a, beliau berkata, aku mendengar Rasulullah bersabda, “apa yang aku larang kamu daripadanya, hendaklah engkau jauhkan diri daripadanya. Apa yang aku perintahkan kamu terhadapnya, maka hendaklah kamu lakukan ia dengan sepenuh kemampuan kamu. Sesungguhnnya umat yang terdahulu daripada kamu, mereka jadi binasa disebabkan oleh banyak persoalan mereka, serta khilaf perselisihan terhadap Nabi-Nabi mereka”(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
PENGAJIAN ISLAM SEMASA
Lihat sahaja perkembangan semasa. Segala-galanya menunjukkan kepada pengecutan disiplin Pengajian Islam. Bermula dari peringkat sekolah, hinggalah kepada universiti. Lihatlah sekolah-sekolah Agama terkemuka di Malaysia seperti KISAS, SMAP labu, SMAP  Kajang, berapakah jumlah aliran Pengajian Islam untuk peringkat SPM, berbanding dengan kelas aliran sains?
Bagaimana pula, dengan sekolah-sekolah agama kerajaan negeri, Maahad atau SMKA di seluruh negara? Apakah nisbah di antara bidang Sains dan Pengajian Islam masih seimbang, atau berlaku kemerosotkan yang signifikan terhadap peluang dan ruang bidang Pengajian Islam.
Bagaimana pula dengan Fakulti Pengajian Islam?
Saya tidak punya sebarang statistic, justeru saya tidak membuat sebarang dakwaan, sebaliknya melontarkan soalan untuk dijawab oleh mereka yang memiliki jawapan yang mengenai. Apakah size Akademi Islam Universiti Malaya, Fakulti Pengajian Islam di UKM, kulliyah of Islamic Revealed Knowledge di UIAM dan IPTA serta IPTS lain meningkat, atau masih kekal konsisten, atau mengalami kemerosotan dari segi kuantiti (sebelum isu kualiti)?
Tambahan pula dengan perkembangan terbaru (2013) apabila akademik Pengajian Islam Universiti Malaya ditukar taraf kepada sekolah Pengajian Islam.
LUAR NEGARA
Bagaimana pula dengan Pengajian Islam di Universiti-Universiti di luar negara? Di Mesir, Jordan, Syria, Yaman, Sudan, Arab, Magribi, India dan Pakistan?
Saya juga tidak mempunyai statistik yang tepat. Tetapi apa yang pasti Jordan mengalami kemerosotan yang amat ketara. Daripada jumlah pelajar Pengajian Islam (Syariah,Usuluddin dan lain-lain) serta kesusasteraan Arab yang pernah mencecah jumlah lebih 4000 orang pada pertengahan 1990’an, jumlah keseluruhan pelajar Malaysia di Jordan berada dibawah paras 1000 dengan pecahan pelajar Perubatan yang amat besar berbanding pelajar di bidang Pengajian Islam. Syukur kebelakangan ini, jumlah pelajar Pengajian Islam di Jordan bertambah semula.
DUA PILIHAN
Ya, kita ada dua pilihan Sama ada seseorang itu belajar bidang Pengajian Islam, kemudian menyambung lagi pengajian di peringkat Masters dan PhD di dalam pengkhususan berkemahiran tinggi di bidang Pengajian Islam. Atau juga sebahagiannya menambah kelayakan dengan mempelajari bidang-bidang sokongan seperti Psikologi, Pendidikan, Sains Sosial dan sebagainya. Atau pun seseorang belajar di bidang non Pengajian Islam seperti Kejuruteraan, Perubatan, Ekonomi dan seumpamanya, kemudian mereka menambah usaha mempelajari bidang Pengajian Islam bagi menyokong diri. 
Apa yang pasti kedua-dua pilihan ini, akan hanya dipilih oleh manusia yang bersemangat tinggi, bercita-cita besar dan mempunyai kemahiran prasarana otak, kemahiran belajar dan bersungguh-sungguh yang diluar kebiasaan. Berapa ramaikah manusia seperti ini yang berada di bidang Pengajian Islam, atau bukan Pengajian Islam tetapi memiliki kesedaran Islam yang tinggi?
Jawapannya menimbulkan pelbagai persoalan yang lebih serius. Kembali kepada persoalan Pengajian Islam dan relevannya ia pada keperluan semasa, saya perlu memikirkan kembali, apakah yang saya tempuhi di dalam sistem pengajian di Fakulti Syariah sebelum diberikan segulung ijazah tanda selesainya satu peringkat proses tersebut.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *