Thursday, January 12, 2017

PUNCA BERLAKUNYA PENCERAIAN DI MALAYSIA.

Ditulis Oleh:
Ahmad Salman Alfarisi bin Zahari
No.siri: 105 | No.Matrik: 14021198

Belakangan ini,masalah penceraian di kalangan generasi muda sehingga ke generasi tua sangat membimbangkan kita sebagai rakyat Malaysia.Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai berita penceraian pasangan di Negara ini.Hakikatnya sangat menyedihkan kita pada hari ini apabila penceraian yang berlaku tersebut berpunca daripada pelbagai masalah yang tidak dapat diselesaikan dengan cara baik oleh pasangan suami isteri apabila saling tidak mahu bertolak ansur dengan masalah yang berlaku.Bak kata pepatah melayu mahu menegakkan benang yang basah.Sikap sedemikian tidaklah harus ada pada diri setiap pasangan.Sangat menyedihkan apabila di dalam sebuah perkahwinan, pasangan suami isteri gagal untuk mempertahankan hubungan perkahwinan mereka Apabila perkara seperti ini berlaku di dalam hubungan rumahtangga dan tidak diselesaikan dengan segera dan berhikmah, ianya tidak mustahil bakal mengakibatkan penceraian. Oleh itu, untuk mengelakkannya daripada menjadi lebih parah, pasangan terbabit perlulah mengenalpasti apakah punca yang menyebabkan masalah-masalah timbul dalam hubungan mereka.


         Dengan mengenal pasti punca pertelingkahan, pasangan tersebut akan lebih mudah mengatasi masalah yang timbul antara satu sama lain.Dengan itu,antara punca yang biasa sering berlaku dikalangan suami isteri yang menyebabkan sehingga berlaku penceraian ialah kritikan yang melampau.Pada kebiasaannya, pasangan yang telah menjalinkan hubungan agak lama tidak terlalu peka mengenai masalah ini.Mereka lebih memikirkan mengenai kepuasan hati apabila mengkritik berbanding memikirkan mengenai sensitiviti pasangan.Tanpa mereka sedari, ia sebenarnya telah menimbulkan masalah dalam hubungan dan sekiranya ia dibiarkan berterusan, mungkin akan membuatkan orang yang sentiasa dikritik merasakan perpisahan adalah jalan terbaik.Dalam hal ini,suami ataupun isteri yang membuat atau menerima kritikan itu haruslah menerimanya dengan hati yang terbuka ini kerana pasangan yang mengkritik itu mungkin ingin membetulkan tingkah laku ataupun perbuatan yang dilakukan tanpa disedari.Sekiranya kritikan tersebut tidak diterima ataupun tidak disenangi oleh pasangan,ini adalah salah satu punca berlakunya penceraian dalam kalangan masyarakat pada hari ini.

           Kini,boleh dikatakan setiap pasangan yang ingin lari daripada tanggugjawab masing-masing sanggup membuat helah ataupun penipuan kerana takut untuk berterus terang antara satu sama lain dek kerana setiap benda atau perkara yang dilakukan oleh setiap pasangan itu pasti ada kesilapan dan kekurangan terhadap tanggungjawab yang bakal dilaksanakan.Setiap pasangan tidak harus melakukan penipuan diantara mereka kerana setiap penipuan itu menyebabkan sikap caya mempercayai tidak lagi wujud dalam diri setiap pasangan.Jangan sesekali memulakan penipuan di dalam hubungan walaupun ia suatu perkara yang kecil.Masalah ini perlu dipandang serius untuk mengelakkan pasangan terasa seperti dianiaya.Dikhuatiri penipuan yang telah dilakukan akan mempengaruhi pasangan yang ditipu untuk turut menipu. Adalah lebih teruk sekiranya masalah ini akan terus berlanjutan dan berbalas-balas antara pasangan. Kerana ini akan memberi kesan sehingga berlakunya penceraian.

         Mengikut statistik, perceraian terkini yang dilaporkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),sememangnya diakui kes perceraian semakin menjadi-jadi.Lebih tragis statistik juga membuktikan banyak kegagalan perkahwinan berlaku di bawah tempoh usia lima tahun. Malah, banyak lagi kes yang masih dalam usaha untuk diselamatkan daripada menempuh alam perceraian.Sebab yang mewujudkan fenomena sebegini ialah Kecenderungan dan niat untuk berkahwin tidak tepat ini kerana pasangan yang berkahwin pada usia muda terutananya mereka cenderung untuk berkahwin kerana cinta dan seks semata-mata.Betul,keperluan seksual adalah antara dalam hikmah sebuah perkahwinan tetapi seks bukan perkara utama.Jika menjadikan seks sebagai tujuan dan niat utama untuk berkahwin, kegagalan menerima layanan seks menjadi punca mudah rumah tangga berantakan.Ada juga yang berkahwin kerana rupa atau harta, apabila harta tiada atau rupa tidak seperti ketika mula hati jatuh cinta,perkahwinan akan goyah dan goncang.

          Setiap pasangan yang hendak melangsungkan perkahwinan perlu mengetahui dan memahami maksud perkahwinan dan tanggungjawab bagi menggelakan penganiayaan di antara satu sama lainPerkahwinan bukan menjadikan suami seorang raja dan bukan juga menjadikan isteri seorang hamba.Prinsip perkahwinan meletakkan perkahwinan sepatutnya menjadi satu perkara yang membahagiakan bagi kedua-dua pihak, suami dan isteri. Perkahwinan juga bermaksud perkongsian dan toleransi,bukan satu kata putus tanpa perbincangan.

      Suami diamanahkan sebagai ketua keluarga disebabkan suami dibebankan dengan tanggungjawab yang pelbagai, bukan saja keperluan nafkah,kasih sayang dan perhatian malah, mendidik isteri dan anak-anak. Namun, itu bermakna suami berkuasa untuk mengarah itu ini agar isteri patuh tanpa ada ruang langsung untuk isteri memberi pendapat dan pandangan.Islam mewajibkan isteri patuh dan taat kepada suami tetapi perlulah bertempat. Jika perintah suami berlawanan dengan kehendak syariat, kehendak suami tidak perlu ditaati.

Sebelum menyelesaikan tulisan ini,setiap pasangan perlu memikirkan kesan penceraian tersebut terhadap anak-anak yang ingin membesar dalam sebuah keluarga bahagia seperti kanak-kanak lain.Akhir.sekali,setiap pasangan perlu menggikuti apa yang telah diajar oeh alquran dan sunnah agar setiap permasalahan yang timbul boleh diselesaikan menggikuti cara mpa yang telah diajar oleh al-quran dan sunnah.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *