Disediakan Oleh : Siti Suhada binti Ali
No.siri : 060
No.Matrik : 14021214
Islam adalah satu cara hidup yang lengkap yang merangkumi semua
aspek kehidupan. Manusia hendaklah berpegang kepada Islam sebagai cara
kehidupan kita. Allah SWT telah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 208 yang
bermaksud :
"Wahai
orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam ( dengan mematuhi
) segala hukum-hukumnya, janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan.
Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata".
Seni juga merupakan antara perkara yang dititik beratkan dalam
agama Islam , antaranya adalah seni hiburan kerana setiap daripada kita sebagai
manusia memerlukan kepada hiburan yang membezakannya adalah bagaimana hiburan
yang disyorkan oleh agama Islam itu sendiri. seni merupakan sesuatu yang sangat
indah yang memerlukan kemahiran daripada seseorang. Mengikut Mustafa Daud
kesenian Islam adalah dicetuskan dengan niat untuk mendapat keredhaan Allah
S.W.T yang bertunjangkan kepada niat tauhid, syariat dan akhlak. Jadi,
seharusnya kesenian dalam Islam sesuatu yang berunsurkan keindahan yang mampu
membuatkan kita sebagai manusia terpesona apabila melihat atau mendengar serta
dalam masa yang sama dapat mendekatkan diri kepada PenciptaNya yakni Allah
S.W.T
Bahkan Rasulullah
S.A.W telah bersabda dalam riwayat Muslim yang menunjukkan Allah S.W.T suka
kepada keindahan sepertimana berikut :
"Sesungguhnya Allah itu indah dan sukakan kepada
keindahan"
Justeru itu. Islam melihat kepada tiga asas utama dalam
pemilihan seni hiburan yang berlandaskan Islam iaitu matlamat, kandungan dan
sumber. Kesimpulannya, Islam adalah agama yang cukup sempurna. Berhibur tiada
salahnya kerana hiburan itu indah, hanya apabila salah memilihnya membuat kita
jadi bersalah.
No comments:
Post a Comment