Saturday, March 11, 2017

"Kenapa mereka diabaikan?"

Disediakan Oleh : Siti Suhada binti Ali
No.Siri : 060
No.Matrik : 14021214
Warga tua menurut takrifan Ghazali Darusalam (2001) adalah "orang yang berumur 60 tahun ke atas". Namun begitu, sebagaimana yang kita tahu di Malaysia, orang yang berumur 56 tahun dan bersara daripada pekerjaan adalah dikatakan tua. Jadi, dalam konteks ini, orang tua adalah orang yang tidak lagi mampu bekerja dan mungkin uzur serta memerlukan pembelaan daripada anak-anak.

Amat menghibakan bagi masyarakat kita pada hari ini, apabila bilangan orang-orang tua yang menghuni rumah orang-orang tua adalah ramai. Di sini jelaslah dimana tangungjawab kita sebagai seorang anak. Ini terbuktilah  dengan kata-kata yang seiring meniti dibibir masyarakat bahawa ibubapa mampu menjaga sepuluh orang anak, tetapi tidak semestinya seorang anak mampu menjaga orang tuanya. Oleh itu, mari kita lihat serba sedikit sebab akan mengapa perkara ini berlaku. Apakah salah mereka sehingga sehingga tiada yang mampu menguruskan mereka?
                       
Sebagaimana yang kita semua sedia maklum dengan keadaan orang tua yang biasanya mengalami masalah kesihatan dan sepatutnya mendapat perhatian yang lebih daripada anak-anak. Namun yang malangnya berlaku apabila kebanyakan anak-anak terutama dikalangan masyarakat Melayu sendiri terutamanya yang lebih cenderung untuk menghantar ibubapa mereka kerumah orang-orang tua. Kerana apabila ada anak-anak yang merasa terbeban apabila ibubapa yang telah tua berada bersama mereka. Mereka mungkin telah lupa bahawa insan yang bergelar ibubapalah yang bersusah payah mendidik mereka dari kecil sehingga dewasa dan menjadi orang yang berjaya, akan tetapi setelah dewasa dan berjaya mereka malah melupakan akan jasa ibu bapa sendiri. Ada diantara kita yang merasakan kesuntukan masa untuk melayan dan memberikan perhatian kepada orang tua kita, lantas melupakan akan jasa-jasa mereka. Seolah-olah ibu bapa tiada peranannya dalam membesarkan mereka sehingga mengabaikan mereka sedemikian rupa.

Namun begitu, Islam telah mengajarkan umatnya agar menghormati kedua ibubapa dan menjadi satu kewajipan kepada anak-anak untuk menjaga ibu bapa mereka, lebih-lebih lagi semasa mereka sudah tua dan uzur. Meninggalkan tanggungjawab ini dan mengabaikan mereka adalah satu dosa yang besar.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *