Saturday, March 11, 2017

INTERNET DALAM KERJAYA

Ditulis oleh:
NAMA : NIK NOR IZZATI BT NIK MOHAMAD
NO MATRIK : 14021120 | NO SIRI : 046

Teknologi yang berkembang pesat hari ini menuntut kita supaya bersedia untuk menggunakan aplikasi- aplikasi teknologi yang terkini dan salah satunya ialah teknologi internet. Bill Gates pernah menyebut: “Dunia perniagaan bergerak semakin pantas dan global. Dengan menggunakan sistem digital ini dalam menghubungkan setiap orang dan menganalisis maklumat secara bijak, teknologi menjadi perkara yang kritikal kearah kejayaan sesuatu perniagaan pada masa hadapan.”

            Mungkin ada yang masih belum tahu menggunakan internet untuk kerjayanya. Ada juga yang sudah biasa menggunakannya, tetapi hasil yang diperoleh tidak begitu memuaskan. Ada juga yang telah menggunakan internet, tetapi internet mengganggu prestasi kerja mereka. Ada banyak perkara yang kita boleh lakukan untuk meningkatkan hasil dalam mengguna pakai teknologi ini. Berikut adalah antara tip- tip yang boleh membantu kita:

ΓΌ  Mulakan dengan “Bismillah” sebelum melayari internet.
-          Bunyinya seperti tidak penting, tetapi ianya sangatlah penting dalam membina niat dan tujuan yang tepat. Internet umpama ruang yang mengandungi segala macam sumber; yang benar atau yang sesat, yang baik atau yang merosakkan. Mulakan dengan nama Allah, semoga kita sentiasa dipandu oleh-Nya.
ΓΌ  Guna internet, bukan main internet.
-          Betulkan mentaliti terhadap internet. Ia bukan permainan, ia adalah kelengkapan untuk digunakan sebaiknya. Jikalau minda kita terus terus menganggap bahawa itu adalah permainan, maka kita akan menggunakan sepertimana yang kita fikirkan.
ΓΌ  Senaraikan tugas yang ingin dilakukan semasa melayari internet.
-          Ada orang yang mempunyai banyak tugasan dan kerja yang perlu dibuat secara online, tetapi apabila mula melayari internet, mereka lupa dan leka dengan laman- laman web yang tidak perlu dilayari. Oleh yang demikian, buatlah catatan ringkas senarai tugasan yang hendak disempurnakan sepanjang menggunakan internet.
ΓΌ  Internet sebuah gedung besar.
-          Ia mengandungi jutaan, malah berbilion laman web yang mempunyai maklumat yang tersendiri. Ia umpama sebuah perpustakaan yang sangat besar. Anda sedang berda dalam ‘perpustakaan’ itu setiap kali melayari internet. Apa tujuan anda? Untuk mencari pengetahuan yang boleh meningkatkan keupayaan diri dan karier anda.
ΓΌ  Ia mungkin tidak tepat dan tidak benar.
-          Tidak semua maklumat dalam laman web boleh dipercayai. Sesiapa sahaja boleh membina laman web mereka dan memaparkan apa sahaja maklumat yang mereka mahu. Oleh itu, rujuklah laman web yang credible dalam subjek yang anda hendak rujuk. Contohnya, laman web ensiklopedia yang terkenal, web perpustakaan university, web rujukan syarikat- syarikat terkemuka, web rasmi ahli akademik terkenal, dan banyak lagi.
ΓΌ  Jangan cepat mengalah.
-          Kadangkala anda sukar untuk mendapatkan maklumat yang anda inginkan. Cubalah membuat pencarian dengan pelbagai kaedah. Mahirkan diri anda untuk menggunakan enjin pencarian, dan bagaimana untuk melakukan kajian melalui internet. Bertanyalah rakan- rakan sekerja yang lain untuk mengetahui pengalaman mereka untuk menggunakan perisian dalam  internet.
ΓΌ  Internet untuk memudahkan kerja, bukan menyusahkan.
-          Ia adalah untuk menjimatkan masa urusan. Jika anda ‘tersangkut’ beberapa jam tanpa produktiviti, lebih baik anda ubah tabiat itu segera. Ia adalah untuk menambahkan pengetahuan anda, tetapi jika asyik bermain permainan internet atau laman sosial, lebih baik tutup sahaja. Apa yang penting, setiap kali anda melayari internet, ia adalah untuk produktiviti yang lebih cemerlang.
ΓΌ  Kemaskan kawalan keselamatan anda.
-          Berhati- hati ketika memberikan maklumat dalam internet. Mungkin anda perlu membuat pembayaran online melalui kad kredit atau perbankan internet. Dalam keadaan begini, jika anda menggunakan komputer awam, padamkan “memori sementara” browser anda sebaik sahaja selesai berurus niaga. Anda boleh tingkatkan lagi sistem keselamatan dengan menggunakan peralatan keselamatan, contohnya program “encryption”.
ΓΌ  Kerapkan menukar kata laluan anda.
-          Ia untuk memastikan ianya tidak terlepas ke tangan orang lain. Sebaiknya, anda cuba menghafal kata laluan tersebut dan jangan simpan secara bertulis. Dalam apa jua keadaan sekalipun, jangan berikan kata laluan akaun anda kepada sesiapa.
ΓΌ  Jangan dedahkan maklumat peribadi anda di “khalayak internet”.
-          Contohnya di papan corak (chatting board), rangkaian forum, tapak mesej dan banyak lagi. Antara maklumat yang wajar dipelihara ialah nombor telefon, alamat rumah dan pejabat, nama sebenar, nombor kad pengenalan, dan beberapa lagi.
ΓΌ  Jauhi diri daripada laman web yang merosakkan.
-          Kadangkala anda akan menerima “pop-ups” yang “menggoda” anada untuk ke laman web yang tertentu. Jika anda syak ia sesuatu yang tidak berfaedah, tutup sahaja pop-ups tersebut. Ingat, godaan tersebut boleh datang dalam pelbagai stail dan strategi. Gunakanlah kebijaksanaan anda.
ΓΌ  Peliharalah “kesihatan” komputer anda.
-          Setiap tahun dunia mengalami kerugian berbilion ringgit akibar serangan virus. Ia juga mungkin berlaku ke atas anda. Oleh itu, berhati- hatilah. Jangan pula anda menjadi “pembawa atau penyebar virus” ke rangkaian komputer di syarikat anda.
Muhasabah setiap kali selesai melayari internet. Lihat semula senarai tugasan online yang telah dicatat. Tandakan berapa banyak anda selesaikan. Kira berapa banyak masa yang anda telah luangkan untuk melayari internet dan bandingkan tahap produktiviti anda.

            Kesimpulannya, kenal pasti aktiviti internet yang tidak produktif, dan berusahalah untuk mengatasinya.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *