Saturday, March 11, 2017

LAMAN SOSIAL BUKAN SEKADAR BERSOSIAL

Ditulis oleh:
NAMA : NIK NOR IZZATI BT NIK MOHAMAD
NO MATRIK : 14021120 | NO SIRI : 046

Zaman telah berubah. Dahulu, dunia melihat zaman pertanian. Kemudian, zaman beralih pada zaman perindustrian. Peredaran zaman membawa kita kepada zaman informasi dengan wujudnya internet, tetapi kini kita mula memasuki era baru, iaitu zaman komunikasi.

            Komunikasi memainkan peranan yang amat penting dalam hidup seharian kita. Tidak cukup dengan telefon pintar, tablet juga kini menjadi peneman ramai antara kita dan pastinya kita tidak terlepas daripada komunikasi sosial melalui laman- laman sosial seperti Facebook, YouTube, Twitter, LinkedIn dan sebagainya. Sebenarnya, media sosial bukannya baru muncul di internet. Sejak tahun 90-an, telah muncul online chatting dan juga blog yang merupakan media sosial terawal di internet.

Perniagaan dalam Laman Sosial
Sememangnya terdapat unsur- unsur negative dengan wujudnya laman- laman sosial ini jika penggunanya sendiri yang menyalahgunakannya. Namun hari ini, kita dapat melihat laman sosial bukan sahaja digunakan untuk bersosial, tetapi juga untuk perniagaan.
            Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan tolong- menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa, dan jangan tolong- menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran yang melampaui batas- batas Allah SWT).” (surah al-Ma’idah5:2)

            Dalam perniagaan, hubungan antara pelanggan, prospek dan juga usahawan amat pentingbagi membina perniagaan yang lebih maju. Zaman telah berubah, maka teknik dan strategi perniagaan juga perlu berubah mengikut zaman. Dahulu, dapat dilihat kurangnya persaingan dalam perniagaan melalui leaflet(risalah), poster, iklan di akhbar, billboard(papan iklan) ataupun melalui media seperti televisyen dan radio. Kini, iklan dan promosi yang terbaik adalah dengan mencipta hubungan bersama prospek dan pelanggan.

            Media sosial seperti Facebook, blog, YouTube, Twitter dan lain- lain kini telah menjadi norma masyarakat online. Platform-platform media sosial ini bukan sahaja untuk bersosial, tetapi dapat juga membantu mengembangkan perniagaan, sekali gus mengeratkan hubungan bersama-sama pelanggan. Di samping itu, ia membolehkan usahawan mendapatkan pelanggan- pelanggan baru yang tidak mungkin tercapai dengan kaedah pengiklanan konvensional.
Bagaimana Mengaplikasikan Laman Sosial?
            Bayangkan kita ingin menjual produk Digital Al-Quran. Kita bertemu dengan Siti, dan mempunyai dua minit sahaja bersama Siti untuk memperkenalkan produk Digital Al- Quran tersebut. Selepas itu, kita bertemu Ismail dan dapat bersama- sama Ismail selama 20 minit untuk menceritakan dan menunjukkan produk Digital Al- Quran kita. Anatara Siti dan Ismail, siapakah yang lebih cenderung membeli produk kita? Jawapannya, sudah tentu Ismail. Ini kerana, kita dapat membina hubungan dengan lebih lama bersama- sama Ismail berbanding Siti. Hubungan tersebut akan memudahkan lagi prospek kita membuat pembelian kerana dapat membina kepercayaan dan kredibiliti.

            Membina hubungan amat penting dalam perniagaan masa kini. Media sosial membolehkan hubungan terbina dengan berkongsi maklumat mengenai perniagaan kita kepada orang ramai. Dengan terbinanya hubungan, pastinya lebih mudah membuat jualan. Kini media sosial bukan sahaja untuk bersosial, tetapi juga membantu dalam perniagaan dengan cara membina hubungan dengan pelanggan.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *