Disediakan Oleh : Siti Suhada binti Ali
N0.siri : 060
No.Matrik : 14021214
Jenayah siber adalah satu jenayah yang baru dan semakin berleluasa
di kalangan masyarakat pada hari ini. Apakah yang dimaksudkan dengan jenayah
siber?
Sebagaimana yang kita sedia maklum, jenayah siber merupakan jenayah
yang melibatkan komputer. Ianya terdiri daripada beberapa unsur seperti
penipuan, pencurian maklumat, penggodaman dan lain-lain. Kemunculan internet
sebagai alat komunikasi terkini yang menjanjikan wadah penyebaran maklumat dan
memantapkan ilmu, dengan sebab itu, tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dalam dunia siber ini,
berjuta-juta laman web telah dibuka menyebabkan terlampau banyak maklumat yang
masuk samada yang benar atau salah, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga
pornografi juga turut disebarkan melalui internet.
Malah kesemua peringkat penggunaan komputer akan berhadapan dengan
aktiviti jenayah. Jenis jenyah siber yang biasa kita dengari adalah penipuan,
kerosakan atau pengubahsuaian ke atas program atau data komputer, kecurian
maklumat, capaian secara tidak sah ke atas sistem, menyalin perisian secara
tidak sah, judi siber, skim cepat kaya, pengintipan, pornografi,penggodam,
penyebaran virus dan banyak lagi.
Siapakah penjenayah siber? Apakah jenayah yang dilakukan? Dimana
jenyaha dilakukan? Soalan-soalan berikut pasti akan bermain di fikiran kita,
namun persoalan tersebut sukarlah untuk dijawab. Kalau jenayah siber senang
dikenali contohnya perompak, tentu sekali yang memegang senjata tetapi
bagaimana pula dengan penjenayah siber. Menurut Michael A.Vitas dari FBI
menagatakan penjenayah siber adalah dari golongan merekan yang berpengetahuan
ataupun profesional.
Jenayah siber sering dilakukan oleh mereka yang berfikiran negatif.
Mereka menyerang sistem-sistem hanya sekadar suka-suka ataupun mencuba ilmu
baru. Kebanyakan mereka adalah daripada golongan remaja. Ini kerana golongan
remaja mempunyai sikap yang sukar diramal. Mereka belum cukup matang untuk
berfikir tentang akibat jenayah yang mereka lakukan. Malangnya dengan
kecanggihan teknogi pada masa kini menyebabkan penceroboh semakin susah untuk
dikenal pasti.
Dalam dunia tanpa sempadan, serangan kemungkinan boleh dilakukan
oleh beribu-ribu batu jauhnya mahupun dari kalangan orang yang berhampiran
dengan kita. Oleh itu, setiap individu memainkan peranan untuk membanteras
kes-kes jenayah siber yang semakin berleluasa pada zaman kini.
No comments:
Post a Comment