Disediakan Oleh : Siti Suhada binti Ali
No. Siri : 060
No.Matrik : 14021214
Perkahwinan merupakan detik yang terindah dalam kehidupan
seseorang, malah adama Islam sangat menggalakkan umatnya untuk berkahwin.
Tetapi, ramai orang zaman sekarang yang lebih mementingkan adat daripada
tuntutan agama dalam perkahwinan kerna oerkahwinan merupakan salah satu aspek
kehidupan yang tidak dapay dipisahkan dari pengaruh adat yang diwarisi dari
generasi ke generasi.
Pepatah Melayu
ada berbunyi "Biar mati anak, jangan mati adat'
Mungkin kerana hal yang sedemikian, kita masyarakat Melayu sagant
berpegang teguh kepada adat resam, terutama dalam hal perkahwinan. Dan
perkahwinan akan dianggap tidak lengkap andai adat resam diketepikan. Ayuhlah
sama-sama kita menelusuri serba sedikit berkaitan dengan perkahwinan ini. Disini
kita akan cuba fokuskan dari sudut hantaran sahaja.
Dari segi hantarannya dapatlah kita perhatikan seperti yang kita semua tahu iaitu hantaran merupakan
satu bentuk yang berupa wang tunai yang akan ditetapkan oleh pihak perempuan.
Sebagaiman yang kita semua sedari bahawa kadar hantaran pada masa kini telah
dibezakan mengikut nilai kelulusan setiap wanita tersebut, yang sebenarnya
semua ini tidaklah ada dalam syariat Islam. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W
yang bermaksud "Sesungguhnya yang besar berkat dalam pernikahan adalah
yang sederhana belanjanya ". (Riwayat Ahmad)
Jadi
kita sebagai umat Islam seharusnya berfikir, adakah wajar ianya sedemikian?
Selain daripada itu, antara adat yang dapat kita perhatikan lagi adalah
seandainya hantaran yang diberikan kepada wanita tersebut maka keluarga boleh
mengambil wang tersebut untuk digunakan bagi menanggung kos majlis kenduri
kahwin dan sebagainya.
Seterusnya, dari sudut hantaran yang
berupa barangan pula jumlah dulang perlulah ditentukan. Serta barangan yang
akan diletakkan diatas dulang berkenaan. Adat berkenaan yang sememangnya lazim
dikalangan orang Melayu akan membuatkan sesebuah majlis perkahwinan kelihatan
tidak lengkap andai tidak ada dulang hantaran barangan yang seolah-olah menjadi
kewajipan oleh masyarakat Melayu umumnya. Masyarakat Melayu memang cukup
pantang dengan soal hantaran barangan. Bukan setakat itu, gubahan dulang-dulang
hantaran pun diteliti dan diambil berat. Maklumlah, berkahwin hanya sekali
seumur hidup. Jadi, segalanya perlulah nampak teratur dan cantik.
Sejujurnya, perkahwinan menjadi mahal hanya
kerana tuntutan adat. Islam tidak pernah menyusahkan umatnya untuk berkahwin.
Tetapi, memang susah untuk kita melaksanakan syariat Islam, ditambah pula
dengan persekitaran kita yang memaksa perkara sebegini berlaku.
No comments:
Post a Comment