Nama:Juhada Akila Binti Abdul Hadi
No Matrik:14021172
No Siri:021
masjid adalah tempat untuk melaksanakan ibadah dalam rangka mencari
keredhaan-Nya, misalnya solat, berdzikir kepada Allah Ta'ala dan mempelajari
ilmu agama.
Allah SWT menyatakan di dalam Al-Quran bahawasanya hendaklah kita
berpegang teguh dengan tali Allah dan janganlah berpecah belah. Antara cara
untuk menyatukan umat Islam adalah dengan mengimarahkan masjid kerana di
situlah tempat pertemuan dan perkara pertama sekali yang Nabi SAW lakukan
ketika datang ke Madinah adalah dengan membina masjid.
Kalau kita lihat, apabila Nabi SAW ketika dalam perjalanan hijrah
Nabi, perkara pertama yang Nabi SAW bina apabila baginda sampai di Madinah
adalah masjid. Sebagaimana firman Allah di dalam Al-Quran,
Maksudnya: “Masjid yang dibina atas dasar takwa yang terawal
(binaannya) lebih layak untuk kamu berdiri di dalamnya untuk engkau
melaksanakan solat.” (surah At-Taubah, 9: 108)
Dahulu, masjid adalah lambang perpaduan. Dahulu, masjid dijadikan
tempat untuk bermusyawarah. Masjid dijadikan tempat untuk ibu-ibu tunggal,
tempat untuk beribadah, merancang strategi perang, berbicara tentang ekonomi,
berbicara tentang perpaduan. Sebab itu kalau kita lihat hadis Nabi SAW, bagaimana
baginda berbicara tentang saf. Kata Nabi SAW yang bermaksud:
“Hendaklah kamu rapatkan saf sesama kamu di dalam solat, ataupun
Allah SWT pecah belahkan hati kamu.” (riwayat Imam al-Bukhari & Imam
Muslim)
Perpaduan bermula di masjid. Imam suatu ketika dahulu merupakan
orang yang dihormati, dijadikan tempat penyelesaian kepada permasalahan ummat.
Sebab itu bukan calang-calang orang yang boleh menjadi Imam. Pada zaman Nabi
kalau Nabi tiada, Nabi melantik Abu Bakar untuk menggantikan tempatnya sebagai Imam.
Lama kelamaan aura tersebut hilang. Imam hanya jadi penyelesai
kepada pengurusan jenazah. Imam hanyalah orang yang dijemput sebagai ketua di
dalam majlis tahlil, itu sahaja. Jadi kita mencadangkan dalam usaha
mengimarahkan masjid di kalangan masyarakat kita pada hari ini, perkara pertama
yang harus kita lakukan adalah martabatkan institusi masjid.
Perkara inilah yang perlu dijadikan manifesto oleh parti-parti
politik. Tetapi jangan selepas menang pilihanraya masjid ditinggalkan.
Masalah kita ialah satu pihak seronok membina masjid, satu pihak
lagi mengimarahkan masjid dan dia mendapat sokongan daripada ahli masjid. Pihak
lagi satu berkata “kamilah yang membina masjid itu.” Pihak satu lagi pula
berkata “kami yang mengimarahkan masjid itu.” Politik juga. Jangan, masuk
sahaja ke dalam masjid, buang topi biru, topi hijau, topi merah. Apabila masuk
ke dalam masjid kita sama-sama umat Islam, sujud kepada Tuhan yang satu. Tidak
boleh lawan tidak bertegur sapa disebabkan perbezaan fahaman politik.
Suatu ketika dahulu pada zaman Nabi SAW, antara cara untuk
membezakan antara munafiq dan orang Islam adalah melalui solat berjamaah.
Kerana pada masa itu semua umat Islam hadir solat berjamaah di masjid, jadi
mereka mengenali antara satu sama lain dan menyeru kepada perpaduan.
“Tidak ada yang akan meninggalkan solat berjemaah,kecuali orang
munafiq yang sudah diketahui kemunafikannya.” (riwayat Imam Muslim)
Sebab itu di dalam azan dilaungkan Hayya-‘ala-as-solah,
Hayya-‘ala-al-falah.” Bagaimana boleh ada Hayya-‘ala-al-falah (Marilah kita
menuju kejayaan)? Kerana kejayaan tercipta hasil daripada perpaduan.
Solat berjemaah bukan calang-calang. Bermula dari solat ia akan
mendidik jiwa yang taat, jiwa yang berdisiplin. Kerana apa? Kerana kita mesti
mengikut imam. Tidak boleh sebelum imam bertakbir kita mendahului mengangkat
takbir. Ruku’ terlebih awal daripada Imam Nabi sudah sebut di dalam hadis,
”Tidakkah takut orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam akan
Allah mengubah kepalanya menjadi keldai.” (riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Itu amaran keras bagi orang yang mendahului imam di dalam solat.
Disiplin dalam solat, disiplin dalam mengikuti imam mengajar kita taat. Tetapi
institusi masjid pada hari ini lesu, kecuali beberapa masjid sahaja. Kita
membaca khutbah, kita bukan lagi berkhutbah. Nabi apabila berkhutbah merah
kedua matanya, kuat suaranya seperti Nabi itu sedang menjadi panglima tentera
yang sedang menyeru orang keluar berperang. Itu cara Nabi berkhutbah.
Jabir bin Abdillah berkata, “Apabila Nabi SAW berkhutbah, kedua
matanya memerah, suaranya meninggi dan semangatnya memuncak. Beliau bagaikan
panglima perang yang sedang mengingatkan pasukannya.” (riwayat Imam Muslim
no.867)
Tapi pada hari ini apabila khatib mula naik ke mimbar, jemaah mula
pilih tempat parking masing-masing, bila khatib mula berkhutbah, jemaah mula
faham dah (mengantuk). Di mana nilai institusi masjid? Jadi kita perlu
mengimarahkan institusi masjid, sebab masjid merupakan simbol perpaduan. Sebab
itu kita perlu mengajak semua orang tidak kira umno atau pas, buang baju hijau,
biru atau merah, masuk ke dalam masjid dan tunjukkan bahawa kita bersatu kerana
agama.
Kita perlu manfaatkan masjid, upgrade institusi masjid. Bagi pihak
yang mengurus masjid, fikirkan bagaimana kita hendak menaik-taraf institusi masjid
kita. Sebab kita mahukan perpaduan Melayu dan khususnya perpaduan Islam itu
sendiri.
Ciri-ciri orang yang mengimarahkan masjid digambarkan sendiri di
dalam Al-Quran,Maksudnya:
“Ciri-ciri orang yang mengimarahkan rumah-rumah Allah SWT adalah
orang yang beriman kepada Allah SWT dan Hari Akhirat.” (surah At-Taubah, 9: 18)
No comments:
Post a Comment