30 JANUARI
2017|OLEH NUSAIBAH SHAFUDIN
Nama : Nusaibah binti Shafudin
No Siri : 055|No Matrik : 14021219
Jihad daripada segi
bahasa ialah kalimah Arab.Perkataan asalnya ialah al-Juhd
yang bererti kesusahan atau keberatan.Maksudnya yang sebenar ialah mencurahkan
daya usaha,tenaga dan kekuatan untuk mendapatkan sesuatu atau mencapai sesuatu
matlamat.Daripada segi istilah pula, jihad bermaksud setiap usaha
yang memerlukan daya dan tenaga serta kekuatan demi untuk mencapai sesuatu matlamat
dan cita-cita yang suci pada pandangan Islam serta untuk mendapat keampunan
Allah s.w.t(Harun Din 200).
Rasulullah
s.a.w bersabda: “Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang
fisabilillah hingga ia kembali”. (HR.
Muslim).
Erti dari
hadits ini adalah Menuntut Ilmu merupakan suatu jihad yang dituntut oleh Islam
atas setiap penganutnya. Ia menjadikan seseorang itu menduduki martabat yang
tinggi jika dibanding dengan orang yang tidak berilmu.Oleh Sebab itu, sebagai
umat Islam kita hendaklah berusaha untuk menambah ilmu masing-masing
termasuklah ilmu yang berkaitan dengan dunia dan agama. Malah salah satu
daripada petanda ilmu yang berkat itu adalah apabila seseorang itu dengan
bertambah ilmunya semakin mulia akhlaknya dan semakin bertakwa ia kepada Allah
swt.
Al-Imam Ibnul
Qayyim rahimahullaah mengatakan, bahawa Jihad menuntut ilmu dengan melawan hawa
nafsu memiliki empat tingkatan:
1)
berjihad untuk
mempelajari petunjuk (ilmu yang bermanfaat) dan agama yang benar (amal soleh).Seseorang
tidak akan mencapai kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat kecuali
melaluinya.
2)
berjihad untuk
mengamalkan ilmu setelah mengetahuinya serta mendalami.
3)
berjihad untuk
mendakwahkan serta menyebarkan ilmu dan mengajarkannya kepada orang yang belum
mengetahuinya.
4)
berjihad untuk
sabar dalam berdakwah kepada Allah Subhanahu wa Taala dan sabar terhadap
gangguan manusia. Dia menanggung kesulitan-kesulitan dakwah itu semata-mata
kerana Allah.
No comments:
Post a Comment