Saturday, March 11, 2017

KEPIMPINAN SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH (SANG PEMBUKA)

DITULIS OLEH: HAMIDAH BINTI ABD KADIR
NO.SIRI: 059
Dalam sejarah, Islam pernah menakluki benua Eropah. Siapa sangka salah atu dari panglima perang saat itu adalah seorang pemuda dan pemimpin  yang sangat hebat,saleh dan tawadhu’ setelah Sultan Salahuddin al-Ayubi (pahlawan Islam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Mahmud al_Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain al-Jalut meleawan tentera Mongol), berusia 21 tahun iaitu Sultan Muhammad al-Fateh. Beliau merupakan seorang sultan Turki Uthmani yang menaklukkan kekaisaran Romwi Timur. Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai 6 bahasa dunia saat berusia 19 tahun. 

Kejayaannya dalam menakluki Kontantenopel menyebabkan banyak kawan dan lawan kagum dengan kemimpinannya serta taktik dan stertegi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Sultab Muhammad al_Fateh jugalah yang mengganti nama Kostantenopel menjadi Islambul (Islam keseluruhannya). Kini nama tersebut telah diganti oleh Mustafa Kmal al-Tartuk menjadi Istanbul semasa zama pemerintahannya. Bagi memperingati jasanya, Masjid al-Fateh telah dibangun di sebelah makamnya.

Diceritakan bahawa tentera Sultan Muhammad al-Fateh tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh dan separuh daripada mereka tidak pernah meningggalkan solat tahajjud sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad al-Fateh sahaja yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajjud, rawatib sejak baligh hinggga saat kematiannya.  Kejayaan huidup beliau telah raih di usia yang begitu muda. Beliau telah dikenang jutaan manusia sepanjang abad. Harum nama Sultan Muhammad al-Fateh diperoleh berkat keshalehannya, keberanian dan kemuliaan akhlaknya. Sebagai ketua pemimpin angkata tentera, beliau memimpin tentera Islam bagi menakluki Benteng terkuat empayar Byzantium, Kontantenopel Kota ini diubahnya menjadi Kota Islambul dan apabila berjaya menawan kota tersebut, beliau telah menebarkan kasih sayang Islam di bumi Eropah.

Namun “Sang Pedang Malam”, Sultan Muhammad al-Fateh telah memerangi musuh Rom pada 1453, agak unik. Beliau ahli solat malam tahajjud, ahli qiamullail. Beliau selalu mengerah dengan tenaga terbesar di alam smesta ini, beliau sentiasa taqarub kepada Pemilik dan Penguasa Tunggal Alam Smesta. Sejak kecil Sultan Muhammad al-Fateh dididik oleh seorang wali. Beliau diasuh menjadi remaja yang memiliki peribadi unggul. Pada umurnya 19 tahun iaitu setelah kewafatan ayahnya, Sultan Muhammad al-Fateh telah menggantikan tempat ayahnya sebagai pemerintah.
Sultan Muhammad al-fateh sangat tegas terhadap tenteranya. Namun, lembut qolbunya bagai selembar sutera dalam menghadapi rakyat yang dipimpinnya. Kebiasaan Sultan al-Fateh sangat unik, beliau selalu mengelilingi untuk memastikan agar rakyat dan sahabat-sahabatnya menegakkan solat malam dan qiamullail.

Qiaqmullail dan tahajjud, inilah senjata unta Sultan Muhammad al-Fateh dalam mengharungi kehidupan didunia yang fana ini. Ini Si Pedan Malam, yang selalu diamalkan dengan penuh khushuk dan ikhlas. Sejarah mencatat Sultan Muhammad al-Fateh baru berusia 21 tahun telah mencapai kejayaan  besar, telah berjaya menawan banteng kostantenopel seteah dikepung beberapa bulan maka tertaklulah Konstantenopel olehnya. SEjak abad kedelapan sahabat Rasulullah berusaha merebut banteng ini. Salah seorang daripadanya Abu Ayyub al-Ansari namun gagal. Baru setelah enam abad kemudian banteng itu berhasil direbut dibawah pimpinan Sultan Muhammad al-Fateh (sang Pembuka) iaitu membuka kota Byzantium yang dulunya adalah Kostantinopel. Beliau adalah seorang yang berani, pemimpin tentera yang bijak dalam mengatur strategi peperangan dan juga istiqomah dalam solat tahajjudnya.

Keberadaan Sultan Muhammad al-Fateh telah disabda oleh Bainda Rasulullah SAW, baginda bersabda: “Kota Kostantenopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin, dan pasukan yang berada dibawah pimpinannya adalah sebaik-baik pasukan tentera”. (H.R. Ahamad Bin Hanbal al-Musnad 4/335).

Itulah sebuah kisah sejarah yang sungguh indah dalam bingkai ketakwaan kepada Allah SWT. Kisah pedang malam yang merupakan rahsia kejayaan dari seorang peribadi Penggubah sejarah yang bernama Sultan Muhammad Al-Fateh , orang Asia Turki berusia 21 tahun. Solat tahajjud merupakan modal yang sangat penting untuk membangun kekuatan ruhiyah dalam kejayaan hidup beliau dikemudian hari. Serhingga Islam berjaya, bersinar-sinar cahayanya selama 500 tahun dibumi Eropah sejak abad ke-15. Semuanya berasal dari Si Pedang Malam Sultan Muhammad al-Fateh yang begitu luar biasa. 

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *