Nama Penulis: Hamidah binti Abd Kadir
NoSiri: 059
Rasulullah SAW telah menerangkan banyak perkara tentang Islam,
termasuk bab adab yang mendahului semua perkara. Seorang penuntut ilmu harus
menghiasi dirinya dengan adab dan akhlak mulia. Dia harus mengamalkan ilmunya
dengan menerapkan peribadi mulia dan baik terhadap dirinya mahupun kepada orang
lain.
Berikut Antara adab-adan yang selayaknya diperhatikan ketika
seseorang menuntut ilmu:
Pertama: Mengikhlaskan niat dalam menuntut ilmu.
Dalam menuntut ilmmu, kita harus ikhlas kerana Allah dan seseorang
tidak akan mendapat ilmu yang bermanfaat jika ia tidak ikhlas. Firman Allah: “Padahal
mereka tidak disusruh kecuali agar beribadah hanya kerana Allah dengan
memurnikan ketaatan hanya kepadaNya dalam menjalankan agama yang lurus, dan
supaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, dan yang demikian itulah
agama yang lurus”(QS al-Bayyinah:5).
Orang yang menuntut ilmu bukan kerana mengaharap wajah Allah
termasuk orang yang pertama kali dipanaskan api neraka untuknya. Rasulullah SAW
Juga pernah bersabda: “barangsiapa yang menuntut ilmu syar’ie yang
semestinya ia lakukan untuk mendapatkan keredhaan Allah dengan iklas, ia tidak
melakukan melainkan keuntungan duniawi, maka ia tidak mendapat harunya aroma
syurga pada hari KIamat”.(HR Ahmad).
Kedua: Rajin berdoa kepada Allah Taa’la memohon ilmu yang
bermanfaat.
Hendaknya setiap penuntut ilmu sentiasa memohon ilmu yang
bermanfaat kepada Allah dan memohon pertolongan kepadaNya dalam mencari ilmu serta selalu merasa
taqarrub kepadaNya.
Rasulullah telah menganjurkan kepada kita agar selalu memohon ilmu
yang bermanfaat kepada Allah dan mintak berlindung kepadaNya dari ilmu yang
tidak bermanfaat, seperti mempelajari ilmu filsafat, kalam ilmu hukum sekuer,
dan seumpamanya.
Ketiga: Bersunggu-sungguh dalam menuntut ilmu dan selalu
dahagakannya.
Dalam menuntut ilmu syar’I diperlukan kesungguhan. Tidak layak para
penuntut ilmu bersikap malas dalam mencarinya. Kita akan mendapatkan ilmu yang
bermanfaat dengan izizn Allah apabila kita bersungguh-sungguh dalam
menuntutnya.
Rasulullah telah bersabda: “Dua orang yang lapar dan tidak
pernah kenyang, iaitu orang yang dahagakan ilmu dan tidak pernah kenyang
dengannya dan kedua adalah orang yang dahagakan dunia dan tidak pernah kenyang
dengannya”(HR Baihaqi).
Berikut adalah diantara adab-adab ketika belajar. Semoga kita
dikalangan penuntut ilmu yang beradab dan moga-moga Allah merahmati penuntut
ilmu agama dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment