Disediakan Oleh: Hamidah binti Abd Kadir
No.Siri: 059
Membaca adalah satu amalan yang mulia dan merupakan jambatan ilmu
kepada semua manusia. Oleh itu, pelbagai ilmu yang boleh kita perolehi dan
pelajari daripada amalan membaca. Dengan amalan membaca sahaja ianya
membolehkan pemikiran seseorang itu berkembang dan mempunyai imeginasi yang
lebih tinggi untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat berbanding dengan orang
kurang membaca.
Menurut Knedi (1981) membaca
adalah satu “keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambing-lambang
grafik yang mewakili Bahasa atau perkataan) yang menghubungkan bentuk itu atau
bunyi makna yang boleh diketahui, dan seterusnya berasaskan pengalaman lalu,
mamahami dan mentafsir maksud”.
Amalan membaca dapat dikaitkan dengan pembinaan ilmu pengetahuan
dalam diri seseorang. Hal ini kerana perbezaan yang ketara Antara individu yang
suka membaca berbanding individu yang kutrang membaca dalah melaui ilmu
pengetahuan yang mereka miliki. Sikap individu yang suka membaca tersebut dapat
melahirkan seorang manusia yang berguna dan mempunyai tahap pemikiran yang
tinggi. Golongan ini juga merupakan salah satu golongan yang akan menjadi
peimpin di sesebuah negara kerana idea-idea bernas mereka dapat membangunkan
sesebuah negara tersebut.
Budaya membaca merupakan amalan yang sepatutnya dipupuk sejak kecil
lagi. Peranan ibu bapa dalam mendidik naak-anak untuk me\mbaca dapat melahirkan
modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Sejajar dengan kehendak
negara yang ingin menjadikan masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan
tinggi, maka ibu bapa hendaklah memainkan peranan yang penting dalam mendidik
anak-anak mereka. Agama Islam sendiri menggalakkan umatnya membaca sehingga
terbukti kelahiran ramai tokoh ilmuan terhebat seperti Ibn Sina, al-Khawarizmi
dan ramai lagi. Kesemua tokoh-tokoh
tersebut memulakan penerokaan mereka daripada bacaan samada bacaan lisan
mahupun bacaan alam sehingga mereka dapat menghasilkan penemuan baru. Semua
pemimpin negara juga menggalakkan
masyarakatnya membaca supaya mereka tidak akan ketinggalan dalam
menerima kecanggihan dan kemodenan dunia. Bagi masyarakat jepun, membaca sudah
menjadi tabiat dan amalan harian mereka kerana daripada amalan membaca mereka
dapat meningkatkan taraf hidup dan juga berdaya saing dengan dunia luar.
Walau bagaimanapun, masyarakat yang menerima perubahan teknologi
yang moden dan canggih hari ini telah mejadikan aalan membaca tersebut dengan
membaca perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Kebabnyakkan goongan remaja hari
ini, menambahkan ilmu pengetahuan mereka melalui bacaan-bacaan berunsur ganas
dan tidak mendatangkan faedah contohnya seprti majalah lucah, majala yang yang
berkaitan dengan perkata negative seperti hiburan buli, gangsterisme, pegangan agama
yang songsang dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, amalan ini telah
menyebabkan masyarakat terutama golongan remaja menjadi rendah akhlak dan cetek
ilmu pengetahuan. Jenis bacaan yang diketegorikan bahan bacaan lucah adalah
mengeksploitasikan seks sebagai bahan utama. Bagi sesetengah bahan bacaan ini,
mereka memaparkan gambar wanita yang
mendedahkan tubuh badan mereka dan aksi menggoda untuk dijadikan sebagai
pelaris jualan . Disebabkan remaja sering disogok dengan cerita sedemikian,
golongan tersebut mudah terpengaruh sehingga menjadi seronok dan ketagih. Ini
akan menyebabkan golongan ini tidak dapat berfikir secara matang dan akan
ketingglan dalam pelbagai aspek.
Oleh hal yang demikian, masalah ini hendaklah dipandang tinggi oleh
semua lapisan masyarakat terutama ibu bapa kerana kebanyakkan anak-anak menjadi
liar disebabkan pengabaian daripada ibu bapa. Walau bagaimanpun, pihak kerajaan
hendaklah menjalankan pemantauan terhadap [enerbit buku tersebut terutama
memantau buku-buku yang datang dari luar negara. Hal ini kerana, melalui amalan
membaa kita dapat melahirkan masyarakat yang cemerlang tetapi apabila terdapat golongan masyarakat yang membaca ilmu sonsang akan menyebabkan
mereka mudah untuk dijajah. Membaca merupakan jambatan ilmu dan tiang pembangunan
kepada semua.
No comments:
Post a Comment