Saturday, March 11, 2017

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN.

Ditulis Oleh: Hamidah binti Abd Kadir
No. Siri: 059

Persahabatan Yang Sebenar.
Persahabatan yang sebenarnya ialah hubungan spiritual yang kita bagi dengan orang lain. Persahabatan adalah bentuk paling murni dalam setiap hubungan, hanya kerana fakta bahawa jika anda benar-benar mempertimbangkan seseorang itu menjadi teman baik anda , halhal seperti keluarga, wang atau latar belakang tidak terlalu penting. Ingatlah, ketika kita memliki teman disekolah seperti ketika kita berumur 5 atau 6 tahun, kita tidak pernah menilai jika anak orang lain yang memiliki tas sekolah mewah atau jika dia bijak dalam pelajaran, dan fakta sederhana bahawa dia bermain dengan kita bahkan mungkin pernah bahagi makanan siang kepada kita tau dia membiarka kita duduk disampingnya didalam kelas sudah cukup seseorang itu menjadi teman kita. Jika anada berfikir hal sedemikian, maka ikatan persahabatan yang dibina sejak kecil adalah memori yang sangat indah.

Sekolah adalah tempat pertama kita bersosialisasi. Ini saat pertama kalinya dala hidup yang menuntut kita mencari diluar diri kia sendiri. Mencari temana yang sepadan dan baik disekolah adalah tugas yang kadang-kadang susah, meskipun demikian setiap anak akhirnya dapat menemukan seorang teman. Saat-saat bersama, kegagalan, keuntungan, kerugian, kasih sayang, tawa, menangis, dan perubahan dibagi bersama temanteman. Ini adalah alasan mengapa kita menjadi bahagian intergeal dari kita dalam perjalanan mencari erti persahabatan.

Tahun-tahun remaja adalah tahun dimana kita mulai uji kaji. Jiwa para pemberontak dalam diri kita mengambil bentuk dan menentang segala sesuatu yang kita pelajari sejauh ini. Banyak dari kita kehilangan jejak dari diri kita sendiir, kita bertarung dengan kebencian dan kekerasan yang berada dalam diri kita. Pada saat ini, kebijaksanaan teman-teman menyelamatkan kita. Persahabatan sejati dalah salah satu yang memberikan terang diatas lautan masalah nan luas dan keengsaraan. Petua bijak dari teman-teman menunujukkan kepada kita cara dan jalan yang harus diambill. Persahabatan sejati adalah salah satu yag tidak menyerah dalam fasa ini.

Siapakah teman kita yang sebenarnya?
Ketika jujur bertanya pada diir kita sendiri tentang orang yang paling bererti dalam hidup kita, kita akan melihat orang yang memberikan saran, solusi, bersama kita dalam suka duka yang dapat memberikan kita semangat dan peduli.

Kita benar-benar beruntung jika memiliki teman seperti ini dalam hidup kita. Seorang teman adalah orang yang memiliki peranan yang berbeza dalam hidup kita selepas keluarga. Dia adalah orang yang mengerti kita dan selalu menasihati kita meski dia adalah orang telah pernah mengguriskan hati kita, namun teman jugalah orang yang selalu menghiburkan kita disaat kita sedih dan putus asa.Seorang teman sejati adalah dia memberi kebebasan kita untuk menjadi didi kita sendiri. Teman sejati tidak akan menilai kita dan selalu percaya kepada kita, memengang tangan kita ketika kita memerlukan meminta untuk tinggalkannya sendirian dan memeberi memberitahu bahawa dia telah banyak berbuat salah. Yang paling pentig, sahabat sejati adalah orang yang tidak pernah meninggalkan kita ketika waktu sulit.

Persahabatan adalah hubungan yang perlu dipelihara dalam elemen seperti cinta, perhatian, ambil berat, kepercayaan dan penghormatan. Masalahnya adalah bahawa ketika kita terlalu nyaman dengan seseorang, kita cenderung untuk melakuka atau mengatakan sesuatu yang menyakitkan hati dengan cara yang tidak sopan. Banyak waktu kita bahkan tidak menyedari bahawa kita terlalu berlagak. Kerana itu, jika anada ingin memiliki persahabatan kuta maka anda perlu untuk menghargai mereka. Belajarlah untuk menjadi teman baik kerana suatu hari anda akan merenung dan mungkin melihat keatas langit da mengatakan “saya telah kehilangan kawan karib”. Belajarlah untuk mengingatkan bahawa anda punya teman baik, jangan lupa bahawa mereka akan selalu peduli untuk anda dan tidak peduli mengapa. 

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *