NAMA : FATIMAH
BT ABDULLAH
NO MATRIK :
14021114
NO SIRI : 040
"AURAT TERJAGA SYARIAT TERPELIHARA".. Indahkan tajuk tu..Disebalik tajuk yang indah punya makna
yang juga begitu indah..
Jika ringkaskan
maksud syariat dari segi bahasanya ialah satu jalan yang boleh mendatangkan
tenang/sejuk. Manakala dari segi istilahnya syariat adalah apa yang ditetapkan
oleh Allah, semua hukum yang ditetapkan oleh Allah.. Itu maksudnya yang telah
diringkaskan. Mengikut maksud tersebut, jika kita hendakkan ketenangan,
maknanya kita perlu melalui jalan yang membawa kita kepada ketenangan. Allah
dah beri jalan ketenangan pada kita dengan syariat-syariat atau hukum-hukum
kepada kita.. Menjadi pilihan kita untuk melalui jalanNya atau nak ikut jalan
lain. Jika kita ikut syariat, InsyaAllah, ketenangan dan kebahagiaan menjadi
milik kita. Namun, jika pilihan kita selain syariatullah, waspadalah..Semuanya
terletak pada pilihan kita, mahu tenang atau sebaliknya..
Firman Allah
" Kemudian
kami jadikan engkau (Muhammad) mengikut syariat (peraturan) dari agama
itu, maka ikutilah (syariat itu) dan janganlah engkau ikuti keinginan orang
yang tidak mengetahui. Sesungguhnya mereka tidak akan dapat menghindarkan
engkau sedikit pun dari (azab) Allah... " (45:18-19)
Dalam dunia ni,
terdapat 5 perkara yang dijaga oleh syariat.
1. Agama-
Syariat menjaga agama. Tanpa syariat, agama Islam menjadi kucar kacir, kacau
bilau. Tetapi, dengan syariatullah, hak asasi manusia mengikut syariatullah,
agama Islam menjadi agama yang Indah, sejahtera dan selamat.
2. Jiwa-
Syariat menjaga jiwa/ nyawa seseorang individu. Syariat mengharamkan
pembunuhan.
3. Akal-
Syariat menjaga akal. Syariat mengharamkan pengambilan dadah dan arak yang
merosakkan akal.
4. Keturunan-
Syariat menjaga keturunan dengan perkahwinan dan mengharamkan zina.
5. Harta-
Syariat menjaga harta.
Sebelum tu, apa
itu aurat? Ustazah Fatimah Syarha dalam forumnya semalam menerangkan maksud
aurat. Aurat adalah kekurangan. Aurat merupakan satu ruang rosak yang
membolehkan musuh masuk. Macam mane tu? Ok.. Apa yang dikatakan aurat adalah
kekurangan? Secara logiknya, kita nak dedahkan tak kekurangan kita pada orang
lain? Kita nak cerita tak kelemahan kita pada musuh kita? Apa kekurangan kita
tu? Kenapa panggil kekurangan? Kerana apa yang dikatakan aurat itu adalah
sesuatu yang boleh menyebabkan kita tidak selamat jika mendedahkannya. Contoh,
seorang wanita pakai tudung, tapi dipadankan dengan baju "adik" yang
kecik, ketat dan jarang. Selamatkah dia dari pandangan lelaki yang mempunyai
masalah hati? Satu kelebihankah apabila menjadi perhatian lelaki? Mungkin
kelebihan di dunia bagi wanita yang tidak sihat akalnya, tetapi ianya merupakan
satu keburukan, kekurangan bagi wanita ISLAM yang BERIMAN.
Kerana apa kita
menutup aurat? Muhasabah diri kita sendiri. Adakah kerana ikutan orang, fesyen
dunia muslimah sekarang, kerana arahan ibu atau ayah, atau kerana Allah?
Marilah kita menutup aurat kerana Allah, kerana syariatullah. Bagaimana yang
dikatakan menutup aurat kerana Allah? :).. Menutup aurat kerana Allah mestilah
menutup aurat dengan sempurna. Bertudung biarlah labuh sehingga di bawah dada,
berpakaian biarlah longgar dan tidak jarang.. Islam ni agama yang mudah.. Islam
meluaskan yang halal dan menyempitkan yang haram. Kita boleh nak berfesyen,
tetapi pastikan fesyen kita tu ikut landasan agama. Apabila kita dah
menutup aurat, pelihara aurat kita, bermakna kita dah ikut satu syariatullah,
InsyaAllah, syariat-syariat lain dengan sendirinya akan terikut. Bila kita nak
jadi baik, nak ikut apa yang Allah suruh, Allah akan bantu kita.
Ana selalu juga
dengar ada yang kata, " Aku free hair pun, hati aku lebih baik dari yang
bertudung." " Aku pakai pakaian "adik" pun, aku tak seteruk
orang yang berjubah". Ada kan yang berkata begitu? Allah tidak melihat
pada rupa kita, pada kuasa kita, tapi Allah melihat pada hati dan amalan kita.
Eloklah kita nilai sesorang itu pada pandangan Allah dan Rasulullah. Bila kita
tengok wanita yang tidak menutup aurat, tetapi hati dan akhlaknya baik,
bermakna dia dah rugi kerana tidak mengamalkan perintah Allah. Maka, bukan
tugas kita nak caci maki dia, tetapi, berdoalah moga dia diberi kekuatan untuk
menutup aurat. Jika kita melihat wanita yang menutup aurat tetapi punya akhlak
yang tidak kita senangi, dia telah melaksanakan satu suruhan Allah.
Jadi, bukan tugas kita nak marahkan dia,
tetapi tegur secara hikmah dan doa semoga akhlaknya indah seperti perwatakan
fizikalnya. Siapa pun kita, menutup aurat atau tidak, berakhlak atau tidak,
kita sebagai hamba Allah, perlu ingat, hidup ini sementara sahaja. Kita ada dua
pilihan. Sama ada nak jadi hamba yang baik, atau hamba yang ingkar. Sama ada
kita nak dapat balasan baik, atau balasan buruk. Analoginya, jika kita punya 2
ekor kucing, seekor ikut cakap kita, jaga hati kita, bila kita panggil dia
datang, bila nak membuang dia pergi ke tempat yang di khaskan. Seekor lagi
degil, membuang merata-rata, bila kita pegang, dia gigit. Yang mana kita saya
sayang? Kucing mana yang dapat makan apa aje yang kita makan? Semestinya yang
ikut cakap kita kan? Begitulah konsep perhambaan. Bila kita baik dengan tuan
kita, kita dengan arahan, kita tak buat benda yang tuan kita tak suka, kita
akan dapat balasan baik dari tuan kita. Bila kita ikut perintah Allah, tak buat
apa yang Allah larang, InsyaAllah, kebaikan dunia akhirat yang akan kita
perolehi.
Aurat dan
syariat.. Dua-dua dah diterangkan, rasanya tidak lengkap jika kita terlepas
tentang muslim dan mukmin.. Apa itu muslim? MUSLIM menyerah diri dengan syariat
Allah. Mengucap dan tahu serba sedikit tentang Islam, tetapi MUKMIN adalah
muslim yang beriman, yakin serta tidak ragu-ragu dengan Allah dan Rasulullah.
Ana bagi satu situasi yang membezakan Muslim dengan Mukmin. Allah menyuruh
wanita menutup aurat. Dalam sebuah rumah di musim perayaan, tentunya ada sepupu
lelaki, ipar duai. Wanita MUSLIMAH akan ragu-ragu untuk menutup auratnya dengan
memikirkan sepupu atau ipar duainya akan terasa jika dia menutup aurat, tetapi
wanita MUKMINAH tidak akan ragu-ragu dengan perintah Allah. Dia yakin dengan
akhlaknya sepupu dan ipar duainya tidak akan terasa dengan penutupan aurat
dalam rumanya sendiri.
Kesimpulannya,
marilah kita menjadi seorang Mukmin yang menjaga syariat yang telah ditetapkan
oleh Allah. Sebagai wanita, AURAT adalah perkara penting yang perlu
dijaga dan dipelihara. Penutupan aurat boleh mendidik seseorang itu memperbaiki
akhlaknya. Niat yang baik akan disusuli dengan perbuatan yang baik dan diakhiri
dengan balasan yang baik. InsyaAllah.. Mari muhasabah diri kita,
perbetulkan niat kita, dan perbaiki akhlak kita.
_ Suci Diri
Menuju Ilahi _
No comments:
Post a Comment