Ditulis Oleh :
Siti Khairizan Farhana Binti Mohammad Jafni
No Siri : 091 |
No Matrik : 14021249
Sejak akhir-akhir
ini, gejala sosial dalam kalangan remaja semakin membarah. Setiap hari terdapat
paparan berita mengenai gejala negatif ini sehingga menggugat kesejahteraan
masyarakat dan negara. Situasi ini amat membimbangkan semua pihak kerana remaja
merupakan tonggak harapan masa depan negara. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang
pertambahan kes gejala sosial ini.
Antara faktornya
ialah kurangnya kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa. Institusi
keluarga juga semakin rapuh pada masa ini lantaran ibu bapa sibuk mencari
kekayaan. Demi kesibukan tersebut menyebabkan ibu bapa tidak mempunyai masa
untuk mendidik anak-anak mereka dengan agama dan nilai kerohanian. Ini
menyebabkan jiwa anak-anak kosong kerana tidak diberikan input agama yang dapat
membentengi mereka daripada pengaruh negatif. Oleh itu, ibu bapa mestilah lebih
prihatin terhadap kegiatan masa lapang anak-anak mereka. Sikap ini amat penting
supaya anak-anak tidak terperangkap dalam gejala ini yang dipasang oleh sindiket-sindiket
yang berkepentingan kerana sindiket ini merekrut anak-anak yang datang daripada
keluarga yang bermasalah untuk menjalankan kegiatan gengsterisme. Ibu bapa
haruslah menutup ruang ini serapat-rapatnya agar sindiket tersebut tidak
mempunyai ruang untuk meracuni pemikiran anak-anak.
Di samping itu,
pengaruh rakan sebaya. Apabila anak-anak meningkat remaja, hubungan dengan ibu
bapa semakain renggang sebaliknya anak-anak lebih rapat dengan rakan sebayanya.
Hubungan yang rapat ini menyebabkan sesetengah anak mudah meniru perlakuan negatif
yang dilakukan oleh rakannya. Oleh itu, remaja mestilah mempunyai jati diri
yang utuh agar tidak mudah dipengaruhi oleh rakan-rakan yang bermasalah. Remaja
perlu bijak memilih rakan kerana kajian mendapati bahawa remaja pada masa ini
lebih banyak menghabiskan masa mereka bersama dengan rakan-rakan berbanding
dengan keluarga. Remaja perlu menjauhkan diri daripada rakan-rakan yang
berperangai buruk dan cuba mempengaruhi mereka melibatkan diri dalam kegiatan
sosial ini. Kegagalan remaja memiliki jati diri boleh membinasakan masa depan
remaja lantaran pujukan rakan yang bermasalah ini.
Gejala
sosial meningkat kerana banyaknya tekanan yang dihadapi oleh remaja pada masa
ini. Tekanan tersebut berupa harapan ibu bapa yang tinggi kepada mereka untuk
mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Apabila mereka gagal
mencapai tahap yang diharap, mereka sering dipersalahkan. Remaja terlibat
dengan gejala ini untuk melepaskan tekanan tersebut. Oleh itu, kaunselor sekolah
perlu lebih proaktif untuk mendekati dan membimbing pelajar-pelajar yang
terlibat dalam gejala ini. Program-program sahsiah dan motivasi perlu diadakan
bagi membina jati diri dan wawasan yang tinggi dalam kalangan pelajar. Malahan,
aktiviti lasak yang dapat membina semangat perlu diadakan supaya para pelajar
sentiasa positif, kuat jati diri dan proaktif.
Gejala sosial meningkat kerana pengaruh
media massa. Sejajar dengan konsep globalisasi, banyak hiburan khususnya dari
barat menerjah masuk ke negara kita. Remaja tidak mahu menjadi seperti katak di
bawah tempurung itu mudah terpengaruh oleh paparan hiburan di media massa yang
menampilkan pergaulan bebas, pakaian seksi, budaya kelab malam serta penagihan
dadah. Pihak kerajaan perlu memperbanyak pusat-pusat rekreasi dan riadah untuk
remaja mengisi masa lapang mereka dengan berfaedah. Sebagai contohnya,
pembinaan gelanggang badminton dan futsal dapat menjadi tempat kepada remaja
untuk bermain permainan tersebut. Permainan seperti ini dapat mengelakkan
remaja daripada membuang masa dengan melakukan perkara-perkara yang tidak
berfaedah.
Kesimpulannya,
semua pihak haruslah bersatu hati dan berganding bahu untuk mengambil tindakan
yang konkrit dan proaktif bagi menangani masalah gejala sosial. Punca ini harus
ditangani kerana gejala sosial ini seperti kanser yang boleh memudaratkan
kesejahteraan masyarakat dan Negara. Sekiranya perkara ini diambil berat,
gejala ini dapat diatasi dengan mudah. Jelaslah bahawa peranan dan
tanggungjawab semua pihak sangat penting bagi mengurangkan berlakunya gejala
sosial ini.
So nice
ReplyDeleteAmazing
ReplyDeleteya memang berkesan
ReplyDeleteYeay kje skola dh nk siap,ubh2 skit,NICE
ReplyDeleteSangat panjang tetapi👍👍👍
ReplyDeletegood
ReplyDelete👍👍👍
ReplyDeleteGood
ReplyDeleteGoodd
ReplyDeleteSo nice
ReplyDeleteNice keje bm siap
ReplyDeleteSangat matang dalam dalam penulisan 👍
ReplyDeleteso perfect👍👍👍👍👍👍👍
ReplyDeletenice 😆👍
ReplyDeleteTq..🤗
ReplyDeleteGoodluck batch 02 ..spm bm 05/11/19 ..sejarah akan trcipta .
ReplyDeleteBaik ah karangan 😊
ReplyDeleteNicekejw
ReplyDeleteTq
ReplyDelete