Friday, January 27, 2017

Keburukan Penurunan Nilai Matawang Ringgit Malaysia Dan Langkah Persediaan Menghadapi Krisis Ekonomi

Nama : Siti Nor Liayana Bt Mohd Nazri
No Matrik : 14021160
No Siri : 047
Gambar hiasan
·         Keburukan Penurunan Nilai Matawang Ringgit Malaysia:
Hakikat sebenarnya, kejatuhan nilai matawang memberi impak kesan buruk melebihi daripada kesan baik. Tidak ada negara di dunia yang mahukan nilai wangnya rendah. Kejatuhan nilai matawang memberi lebih banyak keburukkan daripada kebaikkan terutama kesan buruk kepada rakyat berpendapatan kecil sesebuah negara.

Antara kesan negatif penurunan nilai matawang RM iaitu :
1.       Barangan Import lebih mahal.
Barangan import yang dijual dalam malaysia lebih mahal kerana Malaysia akan mengeluarkan lebih nilai wang untuk membayar harga barangan tersebut disebabkan nilai tukaran ringgit yg jatuh. Ini menyebabkan harga barangan import atau yang mengandungi komponen import yang tinggi akan meningkat. Pembekal barangan import tidak akan menanggung kerugian kesan dari kejatuhan nilai Ringgit ini akan memindahkan beban tersebut kepada pengguna. Jadi harga barangan import akan meningkat mahal.

2.      Harga barangan akan naik
Harga barangan keperluan juga meningkat naik kesan daripada kejatuhan nilai matawang, cukai barangan dan perkhidmatan GST, harga minyak yang tinggi dan sebagainya. Kesan kenaikkan harga barangan akan meluas kepada semua barangan keperluan di sebabkan kejatuhan matawang ringgit malaysia.

3.      Kuasa beli rakyat di luar negara berkurang.
Kuasa beli rakyat di luar negara atau pelancong Malaysia berkurang dengan penurunan nilai matawang Malaysia. Perbelanjaan yang lebih mesti dikeluarkan untuk bercuti atau hidup di luar negara kerana kuasa membeli barangan di luar negara adalah berkurang.
Kejatuhan nilai Ringgit Malaysia memberikan kesan yang ketara kepada kita selaku mahasiswa yang menuntut di luar negara. Jumlah wang saku yang dilihat mengecil, bebanan untuk membayar yuran pengajian semakin memberat, simpanan menggunakan ringgit menyusut kuasa belinya dan sebagainya.

4.      Inflasi
Inflasi mungkin berlaku apabila barangan Import yang lebih mahal akan meningkat harga barangan import menyebabkan inflasi tarikan permintaan. Firma atau pengeksport mempunyai kurang insentif untuk mengurangkan kos kerana mereka boleh bergantung kepada penurunan nilai bagi meningkatkan daya saing. Kebimbangan adalah dalam penurunan nilai jangka panjang boleh membawa kepada produktiviti yang lebih rendah kerana penurunan dalam insentif dan berlaku inflasi.

5.      Penurunan Harga Minyak.
Harga minyak berkadar songsang dengan nilai dolar amerika. Jadi bila nilai dolar naik, harga minyak turun dan nilai matawang malaysia juga mengalami penurunan. Harga minyak mentah dunia telah mencatatkan sejarah apabila mencecah serendah 48 USD/setong dimana Penurunan harga hampir 50% daripada harga tahun lalu yang setinggi USD100-115/setong telah menjejaskan pendapatan Malaysia yang merupakan negara pengeksport minyak mentah. Kita tidak dapat meramal bilakah krisis ekonomi akan berakhir. Kita juga tidak boleh menjangka krisis ekonomi akan semakin pulih atau semakin buruk. Langkah persediaan dan berjaga-jaga hendaklah diambil dari sekarang sebagai perlindungan di masa depan.

·         Langkah Persediaan Menghadapi Krisis Ekononi :

1.      Persediaan sikap
 Sikap kita perlu diubah agar fokus kepada perkara yang bermunafaat seperti pelaburan serta perniagaan emas fizikal daripada memikirkan krisis ekonomi. Jauhi berita-berita yang tidak sahih yang tersebar melalui media sosial seperti whatsapp, facebook dan sebagainya yang membuat fikiran berserabut, tidak berguna dan membuang masa.
 Bagi saya, formula untuk bahagia dan berjaya dalam hidup ialah 5S iaitu Selalu, Senyap, Senyum, Sabar dan Syukur. Maksubnya dalam hidup ini kita mesti Selalu Senyum Sabar Senyap dan Syukur. “Selalu” bermaksub terus bertindak dan tindakan berterusan. Sikap yang akan membolehkan kita bahagia walaupun mempunyai masalah atau mempunyai kesempitan wang ringgit iaitu senyum, sabar,syukur dan senyap. Senyap maksubnya tidak bercakap hal tidak baik, tidak berfaedah atau berhenti berbicara atau menulis berita tentang krisis ekinomi dan sebagainya yang tidak memberi faedah, tapi mungkin akan mendapat kebencian dari kawan-kawan.
 Pilihlah untuk berbahagia bukan bererti kita tidak peduli terhadap masalah-masalah di sekeliling kita ataupun memaksakan senyum di wajah kita, akan tetapi kita berfokus pada hal-hal indah yang dapat memberikan kita kesenangan, membuat kita tersenyum dan bersyukur atas kehidupan ini.
2.      Persediaan tindakan hadapi krisis ekonomi.
 Setelah persediaan sikap dan mental maka tindakan seterusnya ialah persedian tindakan menghadapi krisis ekonomi akibat kejatuhan nilai ringgit malaysia. Langkah persediaan pertama adalah berjimat cermat. Kejatuhan nilai wang ringgit Malaysia, kenaikkan harga minyak dan gst (cukai barangan dan perkhidmatan) menyebabkan harga barangan naik dan kuasa membeli berkurang jadi langkah penjimatan mesti dilakukan segera seperti langkah penjimatan perbelanjaan harian dengan hanya membeli barang keperluan penting, penjimatan minyak petrol dengan mengurangkan perjalanan, penjimatan tenaga elektrik dan penjimatan dalam semua aspek kehidupan.
Kita juga perlu mengurangkan pembelian barangan import dan melancong ke luar negara pada masa krisis ekonomi ini. Melancong ke luar negara yg mempunyai nilai matawang tinggi atau membeli barang import pada masa kejatuhan duit malaysia adalah merugikan kerana kita memperolehi nilai tukaran yang sedikit. Contonya, Saya selalu membeli barangan siam seperti di sungai golok, munduk atau sungai taba thailand dimana dalam ekonomi biasa, tukaran RM kepada wang baht thailand adalah RM300 bersamaan 3000 bath atau lebih. Beberaapa bulan lepas bila tukar RM300 hanya dapat 2600 bath sahaja. Kini harga ringgit turun lagi, jadi wang tukaran yang diperolehi lagi sedikit.

3.      Persediaan dana simpanan.

Penyimpanan emas fizikal adalah persedian terbaik untuk menghadapi krisis ekonomi berbanding penyimpanan wang ringgit. Pengeluaran sebahagian simpanan wang adalah tindakan bijak semasa kejatuhan nilai wang kerana penyimpanan duit ringgit dalam bank mengurangkan nilai wang. Pembelian emas fizikal dan dijadikan simpan jangka panjang adalah warisan nenek moyang kerana harga emas akan meningkat, selamat, mudah dijual dan dibawa kerana berharga dan laku seluruh dunia. Bertindak membeli emas fizikal dan menabung emas pada harga rendah kini.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *