Wednesday, January 25, 2017

SYURA (MESYUARAT)

Nama : Nusaibah bt Shafudin
No Siri: 055 | No.Matrik : 14021219

Syura merupakan perbincangan yang penting dalam menyelesaikan masalah,ia begitu penting dalam sebuah organisasi,persatuan,pertubuhan,lebih-lebih lagi bagi sesebuah pentadbiran.Ia juga dianggap sebagai salah satu cabang fiqh yang perlu difahami dalam menangani permasalahan semasa.Syura atau mesyuarat ini adalah kaedah asas dalam melaksanakan kewajipan dakwah atau gerak kerja Islam sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. Justeru itu,perintah syura yang diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w  sebagai tanda penghormatan kepada akal fikiran insan berpandukan wahyu Allah kepada Rasul-Nya .

KONSEP SYURA ISLAM
Syura adalah suatu konsep perbincangan yang diletakkan bagi menyelesaikan suatu permasalahan dalam pentadbiran Umat Islam.Betapa pentingnya syura dilaksanakan untuk menghindari perselisihan pendapat,pandangan mahupun emosi dalam rangka menentukan titik persafahaman,permuafakatan diantara semua pihak serta memupuk perpaduan dalam perkara-perkara yang tidak mempunyai nas qat’ie. Firman Allah bermaksud : “dan taatilah Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berselisih, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan kekuatanmu hilang dan bersabarlah.Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar”. (Al-anfal 46).
Keadilan didalam islam ialah keadilan yang bersifat tetap (thabitah) yang melibatkan keseluruhan masyarakat dalam meraikan maslahah, sekali gus meletakkan dasar persamaan dalam menentukan hak dan kewajipan serta kebebasan untuk beri’ktikad dan melaksanakan amal ibadah yang telah ditetapkan oleh syariat Islam secara syumul




DEFINISI SYURA
Dr. Muhammad Abdullah Khatib menjelaskan di dalam suatu risalahnya berhubung dengan definisi syura. Beliau menjelaskan bahawa; “Suatu bentuk kerjasama dalam bertukar idea dan pandangan  terhadap perkara-perkara yang melibatkan kemaslahatan muslimin berdasarkan kaedah yang sesuai dalam mencari titik permuafakatan dan kebenaran serta ketaatan kepada Allah SWT”.
Firman Allah S.W.T bermaksud : “Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (para sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal".(Ali’imran:159).

PANDANGAN ULAMA’
Kata Imam An Nasafi : Syura adalah suatu bentuk perbincangan yang membawa kepada kebenaran dan ketepatan dalam menyelesaikan masalah.
Kata Imam Hassan Basri : Inilah akhlak mulia baginda SAW dan inilah jua caraku dan begitu jualah  kepada seluruh kepimpinan umat Islam.
Kata pengarang tafsir Fi Zilal Al Quran, Syed Qutb : Ayat - bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan tertentu (peperangan dan hal ehwal keduniaan) - menunjukkan kaedah asas yang diletakkan oleh Islam dalam sistem pemerintahan. Adapun bentuk syura mahupun perlaksanaannya adalah bergantung kepada kesesuaian umat, zaman mahupun perubahan semasa. Namun apa yang pentingnya adalah perlaksanaan kepada sistem syura tersebut kerana ia merupakan salah satu juzuk daripada pemerintahan Islam yang dituntut syara’.

PERBINCANGAN SYURA
Perbincangan di antara ahli-ahli syura dalam beberapa perkara tertentu  adalah untuk mencari titik permuafakatan dalam menentukan perkara-perkara yang dapat memberikan maslahah kepada ummah.Di sana perbincangan syura adalah menyentuh mengenai perkara-perkara mubah, pensyariatan yang berhubung urusan muslimin sama ada individu ataupun kumpulan-kumpulan tertentu, hal ehwal kekeluargaan, masalah awam atau pun perkara yang melibatkan jentera pentadbiran kerajaan dan sebagainya.
Di antara perkara-perkara yang dikecualikan dalam perbincangan syura adalah perkara yang melibatkan nas thabit di dalam al Quran dan sunnah serta beberapa perkara yang menyentuh mengenai akidah  umat Islam.
 Dr. Abd Karim Zaidan di dalam majma’ buhus feqhiyyah menjelaskan,“Permesyuaratan yang melibatkan ummah adalah berlegar di sekitar perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran kerajaan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan syara’ yang memerlukan kepada ijtihad terhadap dalil-dalil yang bersifat dzonni ataupun yang tiada nas padanya".
Al Jashas pula di dalam tafsirnya menyatakan: “Permesyuaratan adalah menyentuh perkara-perkara keduniaan dan keagamaan yang tidak diturunkan wahyu padanya”. Ianya adalah seumpama masalah yang melibatkan siasah daulah, ketenteraan, pengisytiharan perang, akad perjanjian dan sebagainya. Oleh itu perkara-perkara yang tidak memerlukan hajat, tidak mendatangkan manfaat dan juga tidak diterima akal adalah merupakan perkara-perkara yang tidak memerlukan syura  untuk dibahaskan.

PERLAKSANAAN HUKUM SYURA
Keputusan pemerintah dalam melaksanakan tuntutan syura adalah suatu perkara yang pasti dan tidak lagi diragui lagi kewajipannya. Namun  terdapat  beberapa perkara yang menjadi perselisihan di kalangan ulama berhubung dengan keputusan syura. Ia berlaku sekiranya musyawarah dilaksanakan tetapi tidak mencapai permuafakatan dalam mengeluarkan keputusan di mana keputusan  majoriti ahli syura berbeza daripada keputusan yang hendak diputuskan oleh pemerintah (ketua negara).
 Justeru, bagaimanakah keputusan yang bakal diputuskan?. Penjelasan daripada kitab-kitab yang dicatatkan ulamak menjelaskan ia adalah bergantung kepada dua keadaan :
1. Diputuskan mengikut keputusan yang dibuat oleh majoriti ahli syura dan menolak keputusan yang dibuat oleh pemerintah secara bersendirian (syura mulzimah).
2. Diputuskan mengikut kehendak pemerintah walaupun pendapatnya berbeza daripada kebanyakan pendapat ahli syura yang lain (syura mue'limah).


Nabi s.w.a bersabda :"Hendaklah kamu bersama jamaah, sesungguhnya Allah bersama jamaah dan tidaklah umat itu bersatu atas kesesatan".







No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *