Wednesday, January 25, 2017

SENI BINA ISLAM MASJID MUHAMMADI KOTA BHARU

 Ditulis oleh : 1) Nor Sholiha Bt Mohd Amin ( 006 )
                      2) Nurul Fatihah Bt Ismail ( 005 )
                      3) Nur Ainaa Bt Mohd Zulfaqar Ali ( 008 )
                      4) Nor Syamimie Alia Bt Abdullah ( 007 )
                      5) Siti Maisarah Bt Ishak ( 025 )


Gambar 1 : Pandangan Hadapan Masjid Muhammadi

            Masjid Muhammadi merupakan masjid negeri bagi Negeri Kelantan Darul Naim. Masjid ini dibina pada tahun 1867. Masjid Muhammadi juga dikenali sebagai Masjid Besar Kota Bharu. Masjid ini dibina daripada kayu yang terpilih pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad ke-II dan pengubahsuaian daripada bangunan kayu kepada bangunan batu yang baru ala reka bentuk Barat telah dibuat pada tahun 1922 dan telah dirasmikan oleh KDYMM Sultan Ismail pada hari Jumaat, 31 julai tahun 1931. Masjid ini dinamakan sebagai Masjid Muhammadi Kota Bharu.

Gambar 2 : Kubah Masjid Muhammadi

            Binaan ini berunsur seni bina kolonial pra-perang Dunia Kedua. Masjid ini mempunyai satu menara dan satu kubah.  Ia berwarna kuning cair dan coklat dengan kubah keemasan serta puluhan tiang besar dan arca yang menjadi mercu bandar Kota Bharu. Di dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang bertiang dan digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah. Masjid ini mempunyai dua aras ruang solat. Terdapat ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa dan ia diperbuat daripada batu marmar. Di dinding masjid pula terdapat kalimah-kalimah Allah dan ayat-ayat al-Quran.


Gambar 3 : Ukiran Seni Bina Inggeris

            Masjid ini berbentuk segiempat dan strukturnya diperbuat daripada simen secara keseluruhannya. Dinding masjid ini mempunyai keunikan yang tersendiri di mana ia terdapat lubang “ sisip angin ” di bahagian dinding belakang ruang solat bagi melancarkan perudaraan masjid.
         
                              Gambar 4 : Pintu Masuk Masjid Muhammadi

            Sehingga kini, Masjid Muhammadi terus utuh dan mampu menampung jemaah seramai 2400 orang dengan keluasan 10,600 kaki. Masjid Muhammadi mempunyai kemudahan asas seperti stor penyimpanan, tempat wuduk bagi lelaki dan wanita serta tempat letak kenderaan yang berbumbung dan yang terbuka.

            Pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan diadakan di sini bagi menghidupkan masjid ini sebagai pusat kemajuan ummah Islamiah. Masjid ini amat berpengaruh dalam penyebaran dan pendidikan agama Islam di Kelantan sehingga Kelantan dikenali sebagai “ Serambi Mekah ”.


No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *