Saturday, January 28, 2017

Bidang Seni Dalam Islam

Nama: Amatullah Tasnim Bt Che Manan
No. Matrik: 14021110           No. Siri: 045

1.      Pengenalan seni dalam Islam :
Seni Islam merangkumi seni visual adalah satu seni yang menumpukan kepada hasil penciptaan yang berbentuk visual seperti lukisan, fotografi, grafik, dan filem. Kebanyakan jenis kesenian seperti seni persembahan, bahasa, dan masakan melibatkan aspek seni visual dan lain-lain seni, menjadikan definisi seni itu tidak terhad dan ianya sangat meluas.
Seni visual adalah sesuatu seni yang boleh dilihat oleh panca indra. Hasil seni ini terhasil dari idea-idea tersendiri yang ada pada otak atau minda manusia seterusnya ia diterjemahkan kepada objek yang sebenar serta boleh dilihat melalui gambar, arca, model, dan sebagainya. Seni Islam ini sebenarnya telah berlaku sejak abad ke-7 lagi oleh penduduk wilayah Islam.
Seni Islam itu mempunyai pelbagai jenis seni. Antaranya seni bina, seni khat, seni lukisan, dan tembikar. Tetapi disini saya ingin mengenengahkan tentang apa itu seni khat, seni suara, seni muzik, konsep muzik dalam Islam dan kepentingan seni dalam Islam.

2.      Seni khat :
Khat atau kaligrafi berasal daripada bahasa Greek iaitu yang bermaksud “cantik” dan “tulisan” ialah sejenis seni visual. Ia sering digelar sebagai seni penulisan. Maksud semasa bagi amalan khat adalah “seni bagi memberi bentuk untuk tanda dalam bentuk gambaran, harmoni, dan kemahiran”. Kisah penulisan merupakan satu evolusi kecantikan estetik dibingkai dengan kemahiran teknikal, kepantasan penyampaian dan kekangan material seseorang, masa dan tempat.
Seterusnya gaya penulisan dinamakan skrip, atau huruf. Khat moden berbeza antara gambaran huruf tangan dan reka bentuk ianya berfungsi kepada hasil seni halus di mana gambaran abstrak tanda tulisan tangan mungkin atau tidak dikaburkan tulisannya. Khat klasik berbeza dari tipograf dan tulisan tangan klasik baru, melalui khat mungkin telah tercipta sesuatu huruf jenis segi sejarah akan tetapi ianya mengalir dan spontan, dan diperelokkan lagi.  

3.      Seni suara :
Kesenian mengikut definisi Herberth Read adalah suatu usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang menyenangkan dan seni itu dijalankan pula daripada estetika. Seni suara kesenian Melayu dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :-
·         Seni vocal yang lahir daripada pita suara yang boleh memberi kepuasan kepada pendengar. Seni vocal tanpa muzik yang sering dinyanyikan dalam masyarakat Melayu ialah:
-          Endoi atau dendang Siti Fatimah dan ulit anak.
-          Naam atau naban.
-          Marhaban, nasyid, dan qasidah.
·         Lagu yang digabungkan dengan muzik :
-          Dikir.
-          Hadrah.
-          Beduan.
-          Dikir barat.
-          Ghazal.
4.      Seni muzik :

Menurut kamus Dewan Muzik didefinisikan sebagai gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan, bunyi-bunyian. Muzik menjadi satu daya tarikan kepada manusia. Ahli-ahli falsafah berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai minat terhadap muzik. Keadaan ini jelas dilihat kepada reaksi manusia terhadap bunyi-bunyian yang sudah menjadi kegemaran sejak manusia dilahirkan. Muzik sebenarnya tidak dapat dilihat dan dinikmati dengan pancaindera penglihatan, tetapi dirasai dengan hati atau perasaan. Jenis-jenis seni muzik adalah muzik tradisi warisan Istana (tradisi tinggi dan rendah), tradisi muzik rakyat, tradisi muzik Melayu yang lain. 

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *