Saturday, January 28, 2017

Perkahwinan Menurut Islam

Nama Penuh: Amatullah Tasnim Bt Che Manan
No. Matrik: 14021110           No. Siri: 045

Agama-agama wahyu telah memperakui bahawa perkahwinan pertama di kalangan manusia adalaha yang terjadi antara Nabi Adam a.s. bersama Hawa. Perkahwinan ini berlaku dengan suatu cara perhubungan yang dibenarkan oleh Allah s.w.t. kepada mereka berdua. Ini merupakan suatu sistem perkahwinan yang disyariatkan bagi mengembangkan ummat manusia untuk memerintah bumi dan mendudukinya buat sementara waktu. Selain al-Quran dan Hadith, perjanjian lama dan perjanjian baru turut menceritakan kejadian Adam dan Hawa sebagai pasangan pertama.

Di dalam perjanjian lama atau Taurat, telah diselitkan beberapa ayat, antaranya yang bermaksud, “Tuhan telah berkata tidak baik Adam berkeseorangan sahaja, maka aku jadikan seorang penolong sepertinya. Berkenaan dengan perkahwinan anak-anak adam sendiri tidaklah dapat diketahui bagaimanakah sistemnya yang sebenar. Di dalam Tafsir Ibnu Kathir, apa yang diriwayatkan oleh Ibnu Jarir daripada Ibnu Masi’ud dari beberapa orang sahabat yang lain, bahawa mereka berkata yang bermaksud :
“sesungguhnya tidak diperanakkan bagi Adam anak lelaki melainkan diperanakkan beserta dengan anak perempuan, kemudian anak lelaki kandungan ini dikahwinkan dengan anak perempuan dari kandungan lain, dan anak perempuan bagi kandungan ini dikahwinkan dengan anak lelaki dari kandungan yang lain itu.”
Pada masa itu, perkahwinan yang berlainan kangungan ini boleh dianggap sebagai perkahwinan yang berlainan keturunannya.

1.      Pengertian perkahwinan :
Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang memberi makna nikah, menurut peraturan yang telah ditentukan Islam.

Selain itu, perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran iaitu bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan. Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang – pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.

2.      Hukum - hukum perkahwinan di dalam Islam :

·         Wajib
Kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan dia seorang yang mampu. Disini mampu bermaksud dia mampu membayar mahar (mas kahwin) dan mampu memberi nafkah kepada bakal isterinya. Bagi seseorang yang tidak mampu mengawal nafsunya hendaklah dia berkahwin daripada dia melakukan ibadah haji agar tidak terjerumus ke arah zina. Dan sekiranya dia mampu menahan nafsunya dia boleh mengutamakan ibadah haji kerana dia sangat mampu dari pelbagai aspek.
·         Sunat
Kepada seseorang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.
·         Harus
Kepada seseorang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan.
·         Makruh
Kepada seseorang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan zahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada dia kaya atau tiada nafsu yang kuat.
·         Haram
Kepada seseorang yang tidak berkemampuan untuk memberi nafkah batin dan zahir dan dia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin serta akan menganiayai isteri jika dia berkahwin.
3.      Hikmah perkahwinan :
-          Cara yang halal untuk menyalurkan nafsu seks melalui ikatan perkahwinan.
-          Memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman.
-          Memelihara kesucian diri.
-          Menjaga keturunan.
-          Sebagai media pendidikan.
-          Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab.
-          Dapat mengeratkan silaturrahim.

4.      Tujuan perkahwinan menurut Islam :
-          Untuk memenuhi tuntutan naluri manusia yang asasi.
-          Untuk membentengi akhlak yang luhur dan untuk menundukkan pandangan.
-          Untuk menegakkan rumah tangga yang Islami.
-          Untuk meningkatkan ibadah kepada Allah mengikut konsep Islam.
-          Untuk memperoleh keturunan yang baik.

Kesimpulannya perkahwinan adalah sebuah cara bagi mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t., sama ada dari segi ibadah atau akhlak. Kepada masyarakat diluar sana amat perlu untuk kita mengetahui makna perkahwinan, hukum perkahwinan, hikmah perkahwinan dan tujuan perkahwinan agar kita memperoleh kehidupan yang sejahtera dan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *