Friday, January 27, 2017

GEJALA PENGKID DI MALAYS

No siri: 011
No matrik: 14021165
Nama: Siti Zuraida Binti Mukhtar

Apa yang menarik perhatian ialah ada kekeliruan tentang apa yang dimaksudkan dengan PengKid. Adakah PengKid ini budak-budak perempuan yang berambut pendek dan berpakaian seperti lelaki? Apakah pula beza mereka berbanding dengan ‘Tomboy’ dan‘Lesbian’.

Menurut sedikit kajian yang dilakukan, beza antara PengKid dan Tomboy ialah
·         Tomboy ialah budak perempuan yang selesa berpakaian seperti gaya seorang lelaki. Namun naluri dan keinginan mereka masih lagi seperti seorang perempuan.
·         PengKid pula ialah budak perempuan yang berpakaian seperti lelaki dan mempunyai minat pula kepada kaum sejenis iaitu kaum wanita. Mereka ini pula selalunya memainkan peranan sebagai orang lelaki dalam hubungan dengan pasangan mereka.

Apa yang mahu dibincangkan sebenarnya ialah adakah PengKid ini disebabkan genetik (lahir dalam keadaan yang berbeza dan mempunyai naluri yang berbeza sejak lahir) atau ia disebabkan oleh pengaruh.
Tidak ada kajian Sains yang dapat membuktikan sepenuhnya bahawa gejala ini disebabkan oleh genetik atau terjadi secara semula jadi semasa lahir. Satu kajian yang paling hampir pun mengenai perkara ini ialah satu kajian mengenai otak lelaki ‘gay’. Kajian ini mengatakan bahawa satu bahagian dalam hypothalamus lelaki gay lebih kecil daripada lelaki biasa. Namun kajian ini tidak dapat menentukan sama ada perkara ini berlaku sejak lahir atau terbentuk perlahan-lahan sepanjang hidup lelaki gay.

Tidak kira PengKid, lesbian, gay atau lelaki lembut, mereka sebenarnya ada pilihan. Banyak kajian Sains dan kajian Psikologi yang membuktikan perkara ini. Mereka boleh pilih untuk tidak bertindak dengan apa yang mereka rasa. Malah pakar psikologi mengatakan bahawa tabiat atau gejala ini sebenarya boleh dihentikan jika mereka memilih untuk melakukan begitu.

Daripada sudut agama pula, seperti kita semua tahu, mempunyai niat untuk melakukan sesuatu yang salah itu tidak berdosa. Namun jika kita bertindak ke atas niat itu, itu yang menyebabkan dosa. Ustaz Razali, pengarah bahagian penyelidikan JAKIM menerangkan kepada kami bahawa Majlis Fatwa Malaysia telah mengumumkan bahawa gejala PengKid ini ialah sesuatu yang jelas HARAM.


Agak menarik juga apabila baca mengenai satu kajian barat yang mengatakan bahawa, salah satu faktor mengapa gejala sebegini boleh berlaku ialah kurangnya didikan agama di rumah.

Daripada Ibn Abbas, Nabi saw bersabda bermaksud: “Allah melaknat golongan perempuan yg menyerupai lelaki, dan lelaki yg menyerupai perempuan”. (Hadis riwayat al-Bukhari, Abu Daud, al-tirmizi, Ibn Majah, & Ahmad)

daripada Abu Hurairah, bermaksud: ((Rasulullah saw melaknat lelaki yg memakai pakaian perempuan, dan perempuan yg memakai pakaian lelaki)). (hadis sahih, riwayat Ahmad, Abu Daud)

Rasulullah saw bersabda bermaksud: ((Tiga golongan yg tidak akan masuk syurga….(antaranya): perempuan yang meniru dan berkelakuan seperti lelaki)) (Riwayat Ahmad)

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *