Friday, January 27, 2017

Kepimpinan Kaedah Dan Corak Pemerintahan Islam

Ditulis oleh :
Norfarahah bt che ibrahim
No.siri : 042


Kepentingan pemimpin dalam sesebuah masyarakat atau institusi tidak dapat dipertikaikan kerana tanpa pemimpin sesebuah masyarakat atau institusi atau badan tidak akan dapat berjalan dengan lancar. Justeru itu Agama Islam sebagai satu agama yang diwahyu oleh Allah kepada RasulNya dan diperintahkannya menyampaikan kepada manusia dan jin demi untuk kebahagiaan dan keselamatan mereka didunia dan akhirat memberi perhatian yang berat kepada masalah ini. Malah Islam mengganggap kewujudan pemimpin dalam sesebuah masyarakat atau badan adalah suatu perkara yang tidak boleh diabaikan.

Dalam konteks Negara pula melantik seorang khalifah atau imam (Ketua Negara) adalah wajib. Justeru tanpa seorang khalifah atau imam bertanggungjawab menjalankan segala urusan yang berkaitan dengan kepentingan umat Islam maka keadaan Negara akan menjadi kucar-kacir, kerana pelaksanaan hukum-hukum Islam, memungut hasil Negara, melantik qadi, menjaga keselamatn Negara, menubuh pasukan Negara, membicarakan kes-kes yang timbul, menyelesaikan perbalahan dan sebagainya, kesemuanya adalah memerlukan kepada pemimpin.

Oleh demikian itu, apabila Rasulullah wafat maka sebahagian daripada sahabat termasuk Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar telah berkumpul disuatu tempat yang bernama Saqifah Bani Sa’dah untuk membincangkan tentang perlantikan khalifah. Apabila mereka berselisih pendapat tentang siapakah dan dari golongan manakah khalifah perlu dilantik maka orang-orang Ansar telah mengusul supaya khalifah itu dilantik seorang daripada puak Ansar dan seorang lagi mengatakan dari golongan Muhajirin. Tetapi cadangan ini telah dicanggah oleh Saidina Abu Bakar dengan menghujjahkan bahawa orang arab tidak akan patuh melainkan kepada pemimpin orang Quraisy. Mendengar kepada hujjah tersebut maka kesemua mereka yang hadir dengan sebulat suara telah melantik Saidina Abu Bakar untuk menjadi khalifah.
Andainya perlantik khalifah tidak wajib nescaya para sahabat tidak akan bertindak sewenang-wenangnya membincangkan perkara itu, apatah lagi pada ketika itu jenazah Rasulullah masih belum dikebumikan.

KAEDAH DAN CORAK PEMERINTAHAN ISLAM

Pemerintahan Islam berbeza dengan pemerintahan manapun di dunia ini. Dengan demikian, pemerintahan islam tidak mungkin digolongkan kedalam salah satu corak pemerintahan dunia yang pernah ada. Pemerintahan Islam tidak ada bandingannya.

Pemerintahan Islam yang terikat dengan keharusan mengambil al-Quran menjadi “undang-undang dasarnya” tidaklah serupa dengan Pemerintahan Otokrasi dan tidak serupa pula dengan Pemerintahan Konstitusi, kerana Pemerintahan Konstitusi tunduk kepada undang-undang dan peraturan-peraturan buatan manusia.

“Sungguh pun tugas Pemerintah Islam untuk menegakkan agama, namun dia bukanlah sama dengan Pemerintahan Teokrasi, kerana Pemerintahan hanya pada jemaah ummat. Andaikata Pemerintahan Islam itu Pemerintahan Teokrasi, sudah tentu para Khalifah akan berbuat sesuka hatinya. Tetapi, para Khalifah dan semua pembesar Negara, terikat dengan nas al-Quran dan Sunnah” (al-Marhum Abdul Kadir).

Sungguh pun organisasi Negara Demokrasi, mirip dengan organisasi Negara Islam, dalam hal keharusan memilih Kepala Negara, keadilan, persamaan dan kemerdekaan, namun bahawa organisasi Negara Islam berbeza dengan organisasi Negara Demokrasi, kerana Negara Islam membatasi kemerdekaan pemerintah dan rakyat sampai pada had hawa nafsu dan shahwat. Keadilan dan persamaan tidak boleh dikonsepkan sesuka hati menusia. Dalam hal ini Islam telah menetapkan garis nyata dan dasar tegas. Sedangkan demokrasi memberi manusia kebebasan penuh, tanpa satu ikatan.
Sunguh pun organisasi Republik menyerupai organisasi Islam dalam hal pemilihan Kepala Negara, namun nyatanya bahawa tidak satu organisasi Republik pun yang membolehkan pemilihan Kepala Negara untuk seumur hidup, seperti halnya dengan organisasi Islam.

Antara organisasi Islam dengan organisasi kediktatoran manapun, tidak ada perserupaan sedikit jua pun, kerana organisasi Islam bersendikan “Bai’at dan Syura”, adanya batas jelas antara pemerintah dengan rakyat dan kebolehan memecat Kepala Negara, sedangkan dalam organisasi kediktatiran sedikitpun tidak ada yang demikian.

Pemimpin yang unik dan ajarannya yang bersifat universal.

Keistimewaan lain yang sungguh mengagumkan, ialah pimpinan yang diberikannya adalah unik, berbeza dari segala pemimpin-pemimpin besar dunia yang lainnya. Jika pemimpin yang lainnya muncul sebagai lambang bagi karakter bangsanya, dan timbulnya merupakan puncak bagi sifat-sifat yang hidup di kalangan bangsanya itu, Nabi Muhammad berlain sama sekali ciri-ciri yang dapat digambarkan dari bangsa Quraisy.

Pemerintah dalam erti kita fahami, iaitu orang yang mempunyai kuasa dan tapak pemerintahannya, mempunyai rakyat yang menjadi warganegaranya, mempunyai kekuatan tentera yang mempertahankan perbatasannya, mempunyai undang-undang Negara yang mengawal kesejahteraan dan keadilan masyarakatnya, mempunyai jentera pemerintahan yang melaksanakan pentadbiran dan undang-undang Negara. Negara yang berdaulat dan berperlembagaan.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *