Friday, January 27, 2017

10 TAMADUN TERTUA DUNIA

Ditulis oleh: Tuan Nor Azwani Binti Tuan Alias | 14021213 | 027


1)      TAMADUN  MESOPOTAMIA
Tamadun Mesopotamia adalah tamadun yang pertama wujud di muka bumi ini. Bagaimanapun ada dakwaan bahawa terdapat tamadun yang lebih tua seperti tamadun Gobekli Tepe dan Catalhoyuk yang dipercayai wujud sekitar tahun 10000 dan 8000 sebelum Masihi serta 7500 dan 5600 sebelum Masihi di Eropah. Namun, tidak ada bukti kukuh bagi menyokong dakwaan tersebut.
Tamadun tersebut diketahui umum sebagai tamadun tertua wujud dengan penemuan bahan seni seperti lukisan di dinding gua. Mesopotamia menggabungkan elemen budaya dan sistem bagi membentuk tamadun pertama yang menjadi pusat perkembangan kepada tamadun lain.

2)      TAMADUN LEMBAH INDUS
Lembah indus merupakan antara tamadun yang tertua di dunia bermula sebagai simbolik perkembangan tamadun yang bermula di lembah indus. Tamadun itu berkembang dalam kawasan yang hari kini dikenali sebagai Afghanistan di sebelah timur laut hingga ke Pakistan dan barat daya india.
Tamadun tersebut berdiri sebaris dengan tamadun Mesopotamia dan tamadun Mesir Purba sebagai tamadun terawal di dunia selain tamadun yang paling luas tersebar. Selurus populasi manusia bertumpu di sekitar lembangan sungai utama di Asia, sungai indus dan satu lagi di sekitar sungai Ghagga- Hakra yang digunakan sebagai laluan ke timur india dan timur Pakistan.
Teknologi canggih dan kemajuan yang menjadi budaya adalah bukti tamadun lembah indus sebagai pusat Bandar dalam kawasan tersebut. Pada masa itulah terhasilnya mekanisme yang mengira panjang, isipadu dan masa.

3)      TAMADUN MESIR PURBA
Mesir purba merupakan peradaban lama yang kaya dengan elemen budaya. Tamadun itu terkenal dengan budaya yang besar seperti pemciptaan piramid dan monumen sphinx, firaun serta tamadun yang megah berdiri di sepanjang tebing sungai nil.
Berdasarkan kronologi mesir konvensional, tamadun mesir purba bergabung sekitar tahun 3150 sebelum masihi dengan penyatuan politik di bawah pemerintahan firaun yang pertama. Tamadun itu menyumbangkan teknologi pembinaan dengan kewujudan piramid, ilmu kimia, kalenda solar, system tulisan dan hieroglif.

4)      TAMADUN MAYA
Tamadun maya berkembang megah di Amerika tengah sekitar 2600 sebelum masihi. Sejak ia mula dibina, tamdun tersebut berkembang menjadi peradaban yang canggih dengan peningkatan populasi sehingga 19juta penduduk ketika zaman kemuncaknya.
Tamadun maya menyaksikan pembinaan piramid yang jauh lebih besar dari tamadun Mesir Purba. Bagaimanapun kehilangan tamadun itu secara tiba-tiba menjadi misteri apabila ia boleh runtuh sekitar kurun kelapan dan kesembilan. Namun, kaum maya tidak terus hilang dari muka bumi dengan keturunan mereka masih hidup di negara Amarika Tengah.

5)      TAMADUN CHINA PURBA
Tamadun china purba yang turut dikenali sebagai Han China adalah tamadun yang mempunyai catitan sejarah yang paling luas. Tamadun itu dikatakan berasal daripada peradaban yang bermula di sungai kuning sekitar tahun 2700 sebelum masihi. Ia bermula dengan pemerintahan Maharaja kuning yang kemudian mengasaskan dinasti yang baharu dan kemudian memerintah tanah besar china.

Antara sumbangan besar tamadun tersebut kepada peradaban manusia kini termasuk penciptaan serbuk peluru, kertas pencetakan, kompas, alcohol dan meriam.

6)      TAMADUN YUNANI PURBA
Kebangkitan tamadun yunani purba ini bermula dengan tamadun Cycladic dan Minoan sekitar tahun 2700 sehingga 1500 sebelum masihi dengan bukti penemuan di gua Francthi di Argolid, Greece seawall 7250 sebelum masihi.

Sejarah penciptaan tamadun itu berselerak tetapi para pengkaji membahagikan ia mengikut era yang berlainan. Pada era itu turut menyaksikan penciptaan dan idea baharu yang memberi impak yang besar dalam kehidupan seharian manusia seperti sukan olimpik, konsep demokrasi, geometrid an fizik.

7)      TAMADUN PARSI
Walaupun mempunyai kuasa pemerintahan yang singkat sekitar 200 tahun sahaja, kerajaan parsi pernah mempunyai empayar terkuat di dunia dan menjajah kawasan seluas lebih 2juta kilometer persegi. Kawasan jajahannya merentasi sehingga ke selatam mesir dan timur india.

Bagaimanapun sekitar tahun 530 sebelum masihi, tamadun parsi ditawan oleh pahlawan legenda Macedonia, Alexander Agung yang Berjaya melumpuhkan seluruh empayar itu dan menamatkan sejarah tamadun itu.

8)      TAMADUN ROM
Tamadun rom bermula sekitar kurun yang keenam sebelum masihi. Walaupun cerita penubuhannya penuh dengan legenda, ia merupakan kepercayaan yang penuh dengan mitos, tetapi di puncak kegemilangannya, empayar rom menguasai kawasan yang sangat luas yang turut merangkumi perairan Mediterranean.

Pada peringkat awal, tamadun rom diperintahkan oleh seorang raja, tetapi setelah pergolakan dan perebutan kuasa, rakyat rom menguruskannya sendiri dengan pelantikan senat. Selepas itu tamadun itu dikenali sebagai republic rom. Tamadun rom berakhir berikutan serangan oleh jutaan kaum orang gasar yang datang dari utara dan timur Eropah.

9)      TAMADUN AZTEC
Tamadun Aztec mula timbul sebagai tamadun yang menguasai kawasan di Mexico sekitar kurun ke-12 dan 13. Ada dakwaan menyatakan bahawa tamadun itu lebih muda daripada Universiti Oxford di Eropah namun tiada siapa benar-benar boleh tentukan bilakah tamadun itu bermula.

Kebangkitan empayar itu dalam satu kurun menyebabkan kejatuhan tamadun berpengaruh di Amerika tengah dan Maxico, tamadun maya. Pada kurun ke-16, tamadun Aztec berada di kemuncak pemerintahan namun selepas ketibaan sepanyol dengan rancangan penjajahannya, dengan perlahan melumpuhkan empayar ini.

10)  TAMADUN INCAS
Tamadun incas merupakan tamadun yang terbesar di Amerika Selatan dalam era pra-Columbia. Tamadun itu berkembang di kawasan yang pada hari ini dikenali sebagai Ecuador, Peru, Chile. Pusat pentadbiran bagi empayar itu bertempat di sekitar Peru.


Antara kesan peninggalan tamadun tersebut yang dapat disaksikan seperti tembok, benteng dan binaan seperti Machu Piccu serta Bandar Cusco yang masih terpelihara sehingga hari ini.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *