Friday, January 27, 2017

PENGUKUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Ditulis Oleh : Tuan Nor Azwani Binti Tuan Alias | 14021213 | 027

Institusi kekeluargaan adalah asas paling penting dalam membentuk masyarakat bersatu padu, maju, sejahtera, dan harmoni. Kekuatan institusi kekeluargaan perlu diperkukuh dan dipertahankan agar tidak hanyut sehingga boleh mendatangkan kehancuran kepada masyarakat. Elemen itu sangat penting kerana akan melahirkan keharmonian keluarga sekaligus menjadi pemangkin kepada kemajuan negeri dan negara.
          Institusi kekeluargaan yang jitu dapat menjadikan sesebuah negara itu mempunyai masyarakat serta individu yang idealistic dan prihatin. Justeru, pembangunan intitusi kekeluargaan perlu dilakukan dari awal, iaitu diperingkat kanak-kanak melalui asuhan dan pendidikan yang cukup oleh ibu bapa mahupun menerusi pelbagai program yang dijalankan oleh pihak kerajaan dan swasta. Tanpa program pengukuhan institusi kekeluargaan yang dirancang fenomena keruntuhan institusi kekeluargaan akan memberi impak besar kepada Malaysia yang memerlukan modal insan berilmu dan berwawasan pada masa depan.
          Menurut Perdana Menteri dalam Majlis Pelancaran Bulan Keluarga Kebangsaan 1 Malaysia di Dataran Pekan Pahang pada awal November 2012, menunjukkan tahap indeks kesejahteraan keluarga negara kini berada di paras 7.55 daripada skala 10, jadi masih ada ruang untuk ditingkatkan lagi supaya dapat menghampiri skala 10.
          Hal ini sekali gus menunjukkan bahawa lebih banyak yang perlu diteliti oleh kerjaan untuk penambahbaikan.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *