Tuesday, January 24, 2017

Budaya Hidup Anak Muda Semakin Berubah

NAMA : TUAN SYAZWANI BINTI TUAN JAAFAR
NO MATRIK : 14021194
NO SIRI : 034

            MODENISASI merupakan istilah yang digunakan bagi menunjukkan arus kemodenan yang dialami oleh masyarakat dunia. Cowgill mentakrifkan  modenisasi sebagai transformasi masyarakat kepada teknologi dan mengubah pandangan tradisional kearah kemajuan yang menekankan aspek kecekapan dan kemajuan individu dan anggota masyarakat. Modenisasi juga merupakan istilah yang digunakan bagi menunjukkan kemajuan atau kemodenan yang dialami oleh masyarakat dunia pada umumnya. Modenisasi merangkumi semua aspek dalam kehidupan manusia dan merupakan istilah yang digunakan untuk menunjukkan kemajuan atau proses perubahan. Namun begitu, arus kemodenan  dunia hari ini bukan sahaja membawa perubahan kepada kecanggihan teknologi, tetapi turut membawa perubahan budaya yang menjejaskan kehidupan terutamanya kepada golongan muda.

            Sungguhpun modenisasi menghasilkan individu dan masyarakat yang berdaya saing dan maju, kesan yang tidak mampu dinilai dengan mata kasar kita juga tidak kurang hebatnya. Proses modenisasi tidak dapat dipisahkan daripada transformasi yang menyebabkan wujud dua budaya yang saling bercanggah. Keadaan ini berlaku kerana kemodenan menjadi salah satu platform yang mampu mengubah gaya hidup anak muda yang dahulunya sifat traditional kepada kehidupan yang lebih maju sehingga membawa krisis perkembangan dalam diri mereka. Hal ini dikatakan demekian kerana adanya dua budaya yang saling bercanggah daripada budaya tradisi kepada budaya moden yang menyebabkan anak muda mula membentuk budaya dan dunia mereka sendiri.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *