Tuesday, January 17, 2017

GEJALA DADAH DALAM MASYARAKAT MODEN

SITI SARA BINTI ZULKIFLEE 
No siri : 095 (14021200)

Sudah terang lagi bersuluh, sudah jelas lagi nyata gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat negara kita semakin serius dan tidak dapat dibendung lagi. Hal ini demikian kerana, dadah yang pada asalnya menjadi ubat penahan sakit akan tetapi  manusia menyalahgunakannya untuk kepuasan dan keseronakan diri sendiri. Dadah dapat didefinisikan sebagai sejenis bahan kimia, sama ada asli atau tiruan, apabila dimasukkan ke dalam tubuh secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.

Antara nama-nama dadah ialah ketamin, halluceno, lysergic acid, phenlyclidine. Faktor berlakunya penyalahgunaan dadah adalah tekanan daripada masalah yang dihadapi seperti masalah peribadi, keluarga dan kerja. Oleh hal yang demikian, apabila tekanan emosi berlaku secara  keterlaluan, seseorangn itu akan mengalami kemurungan sehingga tidak mampu berdepan dengan tekanan tersebut. Akhirnya, sebagai jalan penyelesaian mereka mengambil jalan mudah dengan menjadikan dadah sebagai teman setia yang membolehkan mereka melupakan tekanan yang dihadapi. Contohnya, kesibukkan ibu bapa  dengan kerja telah menyebabkan anak-anak terasa terasing dan jauh daripada ibu bapa. Oleh hal yang demikian, anak-anak akan melibatkan diri dalam penyalahgunaan dadah untuk mendapat perhatian daripada ibu bapa.

  Di samping itu, faktor berlaku penyalahgunaan dadah adalah kurangnya pengetahuan tentang dadah. Sebenarnya, remaja-remaja di negara kita tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang kesan negatif penggunaan dadah. Tanpa mereka sedari sebenarnya dadah boleh menyebabkan pemikiran seseorang itu tidak waras dan gagal untuk membuat keputusan yang rasional dan juga mungkin akan membawa  maut.

Kesan-kesan penagihan dadah dari segi sosial. Penagihan dadah akan membawa kepada penagih kepada risiko dijangkiti HIV/AIDS, hepatitis dan sawan. Hal ini demikian kerana, mereka menggunakan alat suntikan yang dikongsi dengan penagih lain. Bagi ibu yang mengandung akan membawa risiko seperti keguguran, kandungan yang tidak stabil, cacat atau mati.  Selain itu, penagih dadah kebayakkan dikaitkan dengan penyakit psikosis (tidak siuman), kerosakan otak dan ketidakstabilan emosi. Oleh hal yang demikian, mereka akan terdorong untuk melakukan  perkara di luar jangkaan seperti merompak,meragut, merogol, dan membunuh dan meningkatkan kadar berlakunya masalah sosial. Keadaan ini menjatuhkan imej negara dan pelaburan asing tidak berani untuk melabur di negara kita.

Kesan-kesan penagihan dadah dari segi fizikal, mental dan emosi. Penyalahgunaan dadah akan menyebabkan beberapa kesan kepada penagih. Semasa mengambil dadah, penagih dadah akan mengalami kesan euforia serta mengalami halusinasi (rasa khayal), dari segi fisiologi penagih akan mengalami peningkatan sel darah putih dan paras gula dalam darah,kemusnahan otot-otot dan peningkatan suhu badan. Selain itu, sistem saraf pusat (saraf dan saraf tunjung) juga akan mengalami kerosakkan. Lama-kelamaan, kadar penafasan penagih dadah akan menjadi lebih pendek dan perlahan. Tubuh penagih juga akan mengigil akibat penurunan kadar metabolisme. Disamping itu, mata penagih juga akan menjadi kemerah-merahan serta kuyu dan berat badan penagih dadah turut akan mengalami penurunan secara mendadak. 

   Kesimpulannya, dadah membawa banyak kesan buruk. Penyalahgunaan dadah yang berpunca daripada banyak faktor mengakibatkan banyak masalah sosial berlaku. Oleh itu, semua pihak hendaklah berganding bahu dan mengatur strategi untuk mengatasi masalah ini yang juga dianggap musuh utama Negara. Antaranya adalah pihak-pihak yang bertanggungjawab terutamanya pihak kerajaan hendaklah mengatur langkah untuk menangani masalah tersebut. Namun, ia tidak akan berjaya sekiranya kita sebagai rakyat tidak mahu bekerjasama untuk membanteras masalah ini. Ibu bapa perlu memainkan peranan membimbing anak-anak mereka supaya menjauhi dadah. Kita perlu insaf bahawa masalah dadah boleh membebankan keluarga dan negara. Akhirnya, kita haruslah terus memerangi dadah agar masyarakat kita tidak menjadi lemah.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *