Saturday, January 28, 2017

Kumpulan berhaluan kanan Israel cuba gagalkan rundingan damai Palestin

Nama : Nurul Iffah Binti Abdul Hamid
No.Matrik : 14021103
No.Siri : 076

Kumpulan berhaluan kanan di Israel cuba menggagalkan proses rundingan damai dengan Palestin, kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry.

Kerry mendakwa, kenyataan berbetuk 'gangguan melampau' telah dikeluarkan oleh sebahagian pegawai kerajaan pimpinan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Tegas beliau, idea penubuhan negara Palestin juga ditentang separuh daripada anggota-anggota Kabinet Israel.

“Saya bukan mahu membe­ritahu anda bahawa penempatan yang dibina di tanah Palestin adalah punca konflik. Tidak sama sekali.

“Tetapi, saya juga tidak boleh menerima tanggapan bahawa ia (penempatan) itu tidak akan
menjejaskan proses rundingan damai,” ujar Kerry.

Sebelum ini, Netanyahu mendakwa pembinaan penempatan Israel di tanah milik penduduk Palestin tidak menghalang proses rundingan damai itu.

Malah, Netanyahu mendakwa, beliau sedia berbincang tanpa syarat sambil menggesa negara-negara Arab mengiktiraf penubuhan ‘negara’ Israel.

Kerry bagaimanapun menolak pandangan menyatakan negara-negara Arab akan berunding dengan Israel tanpa sebarang persetujuan mengenai isu Palestin.
“Tidak akan ada rundingan damai berasingan atau persetujuan lebih awal dengan negara-negara Arab tanpa Palestin.

“Semua orang perlu tahu me­ngenai perkara itu dan ini adalah satu kenyataan yang perlu diterima semua pihak,” kata Kerry.



No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *