Tuesday, January 24, 2017

Berfikir Tuntutan Kecemerlangan

NAMA : TUAN SYAZWANI BINTI TUAN JAAFAR
NO MATRIK : 14021194
NO SIRI : 034

            PERBEZAAN ketara antara manusia berbanding dengan haiwan ialah manusia mempunyai akal. Akal berada dua bentuk, yakni secara fizikal yang dinamai otak dan secara rohani disebut minda atau fikiran. Akal dalam bentuk otak tidak ada bezanya daripada yang dimiliki oleh haiwan yang berperanan untuk mengoordinasi fungsi organ badan dan tindak balas spontan berdasarkan kebiasaan.

            Funsi terpenting akal adalah dalam bentuk fikiran yang membolehkan manusia berfikir setiap perkara yang dilakukan,dilihat dan disengar agar mencapai matlamat mendapat kebaikan dan mengelakkan perkara buruk. Pemikiran merupakan aktiviti psikologi dakam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan bagi menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi.

            Berfikir ialah setiap perkembangan dalam idea, pengetahuan, pengalaman dan harapan yang tercetusnya dalam fikiran. Kebolehan berfikir terbaik ialah dapat menyelesaikan masalah, menemukan kaedah, mendapat petunjuk, memperoleh kebenaran atau melahirkan perkara baharu.

            Berfikir memerlukan gerakan minda untuk mencetuskan sesuatu dalam fikiran. Oleh itu proses ini disebut daya berfikir, yakni kekuatan diperlukan untuk menghasilkan keputusan hasil berfikir itu. Berfikir berlainan daripada ingatan, walaupun kedua-duanya berpunca daripada otak. Ingatan lahir daripada apa-apa yang disimpan di otak. Berfikir pula bertujuan mencetuskan perkara baharu.

            Berfikir memerlukan kemahiran. Kemahiran berfikir ialah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang memperoleh kemahiran berfikir dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya. 

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *