Tuesday, January 17, 2017

SABAR ITU INDAH

NAMA : SITI AMINAH BINTI ISMAIL
NO. MATRIK : 14021153
NO. SIRI : 068

Sabar Itu Indah


     Orang yang beriman akan mendapat kekuatan daripada pesan sabar . Hatinya mampu mengaitkan apa yang sedang dihadapinya dengan ketentuan Allah. Apabila berlaku sesuatu masalah terhadap dirinya, dia dapat menerima dan menghadapinya dengan baik kerana menyedari hakikat bahawa yakin akan mendapat pahala tanpa batas daripada Allah. Mendapat berita gembira dengan rahmat dan pertunjuk daripada Allah, justeru itu diampunkan segala dosa dan mendapat syurga di akhirat kelak.
     Orang yang sabar sentiasa mencari punca sesuatu masalah yang berlaku, merangka alternatif-alternatif yang boleh menyelesaikannya, memilih satu alternatif yang terbaik dan terus bertindak melaksanakannya..
     Tidak syak lagi, sabar ialah syarat untuk mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. Tanpanya kita akan rugi,terhina,kalah dan menderita. Orang yang tidak sabar telah melanggar syariatullah ( perintah Allah  supaya bersabar ) dan juga sunnatullah ( hukum yang Allah tetapkan untuk mengatur alam dan kehidupan ).
Sabar Itu Ganjarannya Syurga 
     Sungguh indahnya sebuah kesabaran itu apabila kita menghadapinya dengan istiqamah dalam setiap permasalahan kita ini.Walaupun tidak semua orang boleh sabar dengan ujian yang dihadapinya tetapi ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama orang yang sabar.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *