Sunday, January 29, 2017

TOKOH ISLAM TERHEBAT (ABDULLAH BIN ZUBAIR)

DITULIS OLEH: FARHATUN NAJAT BINTI MOHD NASIR.
NO SIRI: 079.           

Berkat kelahirannya,isu bahawa kaum muslimin tidak akan boleh melahirkan bayi kerana telah diteluh oleh dukun-dukun Yahudi di Madinah sudah ditepis. Seorang wanita mulia, iaitu puteri Abu Bakar as-Siddiq telah melahirkan bayinya ketika sedang berhijrah dari Mekah menuju Madinah demi menyusul teman-temannya seakidah. Asma’ binti Abu Bakar ialah ibunda mulia yang melahirkan bayi lelaki itu di Quba’ yang kemudian bayi tersebut diberi nama Abdullah. Sebelum disusui,Abdullah bin Zubair dibawa menghadap Rasulullah S.A.W. untuk di- tahniq (diusapi untuk pertama kali, biasanya dengan madu/kurma) dan didoakan oleh beliau.

Abdullah dilahirkan dari pasangan mujahid dan mujahidah ini kemudian berkembang menjadi seoran pemuda perwira. Kehebatannya di medan perang, dapat membuktikan beliau ketika bersama mujahid-mujahid lainnya menggempur Afrika demi membebaskan penduduknya dari kesesatan akidah. Pada waktu mengikuti ekspedisi tersebut, usianya baru berkisar 17 tahun. Begitulah kehebatan dari sistem tarbiyah Islamiyyah, yang boleh melahirkan pemuda menjadi tokoh-tokoh pejuang dalam menegakkan ajaran Islam.

Selain itu, dalam peperangan tersebut, jumlah tentera antara kedua kubu sangatlah tidak seimbang. Jumlah pasukan kaum muslimin hanya sekitar 20 ribu tentera sedangkan jumlah musuh sekitar 120 ribu orang. Keadaan ini cukup membuat kaum muslimin bimbang melawan gelombang musuh yang sangat ramai, walaubagaimanapun, hal itu tidak membuat mereka gentar. Ini kerana, bagi mereka, perang adalah untuk mencari syahid di jalan-Nya sehingga roh mereka boleh menuju syurga jannah, sebagaimana yang telah dijanjikan Tuhan mereka.
Melihat keadaan yang kurang menguntungkan tersebut, Abdullah segera memerah otak untuk mencari rahsia kekuatan pihak lawan. Akhirnya, dia menemukan jawapannya. Ternyata, inti kekuatan musuh tertumpu pada Panglima Berber yang menjadi panglima perang mereka. Oleh itu, dengan penuh keberanian, dia segera menembus pasukan musuh yang berlapis-lapis ke Panglima Berber. Usahannya tersebut tidak sia-sia.Disebabkan itu, ketika jarak antara dirinya telah dekat, dia segera melibaskan pedangnya demi menghabiskan nyawa panglima kaum musyrik tersebut. Panji pasukan lawan direbut oleh teman-temannya dari tangan musuh. Ternyata, dugaan Abdullah tidak meleset. Setelah kematian panglima kaum musyrik, semangat tempur pasukan musuh merundum dan tidak lama kemudian mereka melutut di hadapan para mujahid yang gagah berani.

Disamping itu,Abdullah juga seorang hamba yang mempunyai sifat khusyuk dan tawaduk. Terdapat salah seorang sahabat yang memberi kesaksian bahawa apabila Abdullah sedang menunaikan solat, tubuhnya seperti batang pokok yang tidak bergerak, betapa khusyuknya beliau dalam solat. Bahkan, Yahya bin Wahab juga bercerita bahawa apabila Abdullah sedang sujud, terdapat beberapa burung kecil bertenggek di belakang beliau kerana menyangka belakang tersebut adalah tembok yang kukuh. Tokoh yang tegas dari sudut kebenaran ini telah wafat pada usia 72 tahun, terbunuh oleh tangan pendosa bernama Hajjaj bin Yusuf. 

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *