NAMA: NUR ALIA AMIRA BINTI ZAHARI
NO SIRI: 089
NO. MATRIK: 14021229
Negara-negara Islam pada keseluruhannya adalah lemah dan miskin. Tetapi negara Islam yang kaya pula, sungguhpun bilangannya adalah kecil, namun sekiranya kekayaan itu diuruskan dengan bijaksana, maka negara Islam akan dapat tegak sebagai kuasa ekonomi dunia yang kuat. Seperti yang kita lihat bagaimana orang Islam di Arab Saudi yang membayar zakat fitrah secara individu sahaja, jumlah zakat fitrah itu telah sampai kepada jumlah yang agak besar, iaitu kira-kira 200 juta Riyal Saudi setahun. Jika hal ini dijadikan perbandingan maka jumlah zakat harta bagi individu yang kaya di negara tersebut, dan ditambah pula dengan jumlah syarikat-syarikat gergasi milik orang Islam, zakat pendapatan daripada gaji yang tinggi, dan jumlah simpanan wang yang tersimpan di dalam bank umpamanya, maka jumlahnya mungkin akan sampai ke tahap billion riyal pada setiap tahun.
Ini hanyalah satu contoh daripada negara kaya di rantau Teluk yang dikurniakan Allah dengan hasil bumi yang mewah dan makmur, dan ini hanyalah anggaran kasar keluaran zakat yang mungkin dilakukan oleh para pembayar zakat secara sukarela dan kesedaran sendiri.
Kuasa ekonomi negara Islam sebenarnya dapat memartabatkan ummah sekiranya kekayaan itu dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh negara tersebut bagi kepentingan umat dan negara Islam sendiri.
|
No comments:
Post a Comment