NAMA : NORHIDAYATI ADAWIAH BINTI MOHD ARIFFIN
NO MATRIK : 14021131
NO SIRI : 084
Budaya mencegah penyakit daripada menyapa kita masih lagi kurang
diamalkan dalam kalangan masyarakat .kesedaran menjaga kesihatan dan pemakanan
yabg seimbang masih lagi pada tahap yang
memuaskan . apa tidaknya ,setiap hari kita dihidangkan dengan makanan yang
kurang sihat seperti mempunyai kandungan kolestrol tinggi .pengambilan makanan
sebegini yang berlebihan akan meningkatkan risiko serangan jantung dan angin
ahmar .
Bukan kita tidak tahu tentang bahaya tersebut tetapi keenakan
makanan yang beraneka rupa telah mengalahkan kesedaran kepada penyakit yang
bakal mengundang .apabila berusia meningkat 40 tahun,ramai kalangan kita mula
disapa berbagai bagai penyakit sepeti kencing manis,darah tinggi dan sebagainya
.berita ini sebenarnya memberi kita satu syarat jelas betapa pentingnya kita
memelihara kesihatan dan pemakanan seawall usia lagi.ibu bapa berperanan
menanamkan kesedaran pentingnya menjaga kesihatan dan pemakanan kepada anak
–anak .
Sebagai ibu bapa muslim ,ita tidak mahu pembesaran dan perkembangan
minda anak anak terbantut disebabkan permasalahan kesihatan mereka .sebolehnya
kita tidak mahu mendengar ada dalam kalangan anak –anak kita telah menghidap
penyakit kencing manis atau buah pinggang dalam usia yang terlalu muda .
Oleh itu bagi menangani isu ini ,kita hendaklah memantau kesihatan
dan pemakanan keluarga dan membudayakan cara hidup sihat dalam keluarga kerana budaya ini penting bagi memastikan
ahli keluarga hidup sihat ,cergas dan harmoni kerana seorang mukmin yang kuat lebih bai dan dikasihi oleh Alalah
s.w.t dariada mukmin yang lemah.
No comments:
Post a Comment