Penulis : Zairin Hafiza Kamarudin
No.Siri 057 | No.Metrik 14021247
Ulama itu merupakan pewaris para Nabi kerana para Nabi dan rasul
membawa risalah Tuhan kepada manusia di muka bumi ini. Persoalannya siapakah
yang layak dengan sebenar-benarnya dianggap, digelar atau dinobatkan sebagai
seorang ulama?
Ini kerana dalam al-Quran dan al-Hadith tidak dinyatakan secara
jelas apakah kriteria seorang ulama melainkan ia diisyaratkan secara umum
sahaja sebagaimana contoh dalam al-Quran menurut al-Mu’jam al-Mufahris al-Alfaz
al-Quran al-Karim susunan Shaykh
Muhammad Fuad Abdul Baqi, kalimah ulama disebut sebanyak dua kali sahaja dalam
al-Quran iaitu pada ayat 197, Surah al-Shu’ara dan ayat 28, Surah Fatir.
Maksudnya “(Tidakkah mereka yang musyrik sedarkan kebenaran itu)
dan tidakkah menjadi satu keterangan kapada mereka bahawa pendita-pendita agama
bani Israil mengetahui akan kebenaran al-Quran itu?
No comments:
Post a Comment