Sunday, March 12, 2017

SENYUM IBADAH TANPA KOS…

Ditulis oleh : Nurul Ain Amanina Binti Abdul Rahim
No matrik: 14021144 | No siri : 075

 1)  SEDEKAH
            Rahsia kehebatan ini diungkapkn oleh Rsulullah s.a.w. Yang bermaksud: " senyum kepada saudaramu adalah sedekah".
Baginda mengaitkan senyuman dengan keimanan apabila menyatakan ia adalah sedekah. Hanya orang beriman akan bersungguh-sungguh mengejar pahala sedekah  yang begitu mudah ini.Cukup dengan tersenyum kepada seseorang, anda telah dikira bersedekah.
Walau bagaimanapun, sekiranya tabung digerakkan dan anda hanya tersenyum , maka pahala sedekah tidak dicatat oleh malaikat. Senyuman kepada tabung derma bukan sedekah. Hanya senyuman kepada manusia dikira sebagai sedekah. Itulah yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis diatas. Sekiranya anda tersenyum sekarang, sebenarnya wujud aura positif yang berbunga-bunga dilubuk hati anda. Inilah rahsia kehebatan amalan Rasulullah s.a.w. yang sentiasa tersenyum.

2) SENYUM ITU SUNNAH
             Amalkan sunnah senyuman. Setiap kali anda tersenyum, niatkan untuk mencontohi akhlak Rasulullah S.A.W. Jangan merasakan amalan ini sebagai perkara sampingan yang tidak perlu diberi perhatian .
              Baginda pernah mengingatkan kita dalam sepotong hadis yang lain, maksudnya: 
    " Janganlah kamu memandang hina (menganggap remeh) untuk melakukan amal soleh yang kecil walaupum sekadar memandang wajah saudaramu dengan senyuman."(Riwayat muslim)
             Ibn 'Alan menyatakan dalam kitab Dalil al-Falihin:" senyuman seseorang dapat menjinakkan hati saudaranya dan membuang perasaan takut dan segan terhadapnya. Ketika seseorang tersenyum, akan lahirkan kasih sayang dan jalinan hati yang amat digalakkn sesama mukmin."
               Seseorang suami yang selalu tersenyum akan membahagiakan isterinya yang letih menguruskan rumah tangga dan anak-anak.Isteri dapat menghilangkan keletihan suami yang seharian mencari rezeki. Ketahuilah , senyuman menjadi magnet kepada suami agar segera pulang ke rumah dan bukannya mencari senyuman"berbayar" daripada gadis pelayan dikedai-kedai makan dan kompleks perniagaan.
   Seorang majikan yang sentiasa tersenyum kepada anak-anak buahnya pasti disayangi dan dihormati. Aura positif sentiasa terpancar dalam kalangan pekerja untuk bekerja dengan hati yang senang dn tenang. Arahan majikan dipatuhi dengan penuh kasih sayang sebagaimana contoh kepimpinan Rasulullah s.a.w. Yang  disayangi dan dituruti oleh para shbat.
             Tidak seperti kpimpinan Firaun yaag diikuti dengan penuh kebencian kerana takut gerun terhadap ancamannya. Begitu juga bagi keluarga,kawasan kejiranan, masyarakat,organisasi dan setiap komuniti yang dihiasi insan yang murah dengan senyuman.Sudah pasti wujud suasana yang harmoni dan bahagia.

3) SENYUMAN AMALAN RASULULLAH
Seseorang tidak memerlukan modal senyum, tetapi hasilnya sangat hebat. Pepatah Inggeris menyebut: "It cost nothing, but creates much."
            Penulis tidak berniat mengambil pandangan barat ketika mengulas hadis Rasulullah S.A.W.  tetapi sekadar salingan. Kita dapat menyimpulkan bahawa teori yang dikemukakan oleh pakar-pakar motivasi kontemporari telah terlebih dahulu menjadi amalan baginda s.a.w.
              Wajah Rsulullah s.a.w. sentiasa terpancar cahaya kasih sayang terutamanya dengan ukiran senyuman yang menenangkan hati-hati yang gundah dan membahagiakan setiap insan yang bersua degan baginda.

             Buktinya, para sahabat akan pulang dengan senang hati yang penuh bahagia dan gembira selepas pertemuan dengan Rasulullah s.a.w. Maka contohilah baginda yang memiliki kemahiran berkomuniksi yang sangat hebat.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *