Tuesday, March 7, 2017

MENYEMARAKKAN BIDANG KESENIAN TANAH AIR

NAMA: NUR ALIA AMIRA BINTI ZAHARI
NO SIRI: 089
NO. MATRIK: 14021229


SENI merupakan sesuatu yang bersifat abstrak, dapat dipandang, didengar dan disentuh oleh jiwa, tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata dan bahasa. Malaysia tersohor dengan kepelbagaian seni dan budaya masyarakat majmuk.

Kekayaan aspek kesenian negara kita merupakan aset penting dalam mempromosikan Malaysia ke mata dunia. Secara umum, seni termasuklah tarian, muzik, drama, rentak dan irama, seni visual, dan fotografi. Penghayatan terhadap seni, budaya dan warisan sentiasa diberi penekanan sebagai sebahagian daripada agenda pembangunan negara. Dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-11, pelbagai program kebudayaan, kesenian dan warisan dilaksanakan bagi meningkatkan minat orang ramai terhadap seni dan budaya negara. Dengan kata lain, usaha menyemarakkan seni dan budaya negara perlu digiatkan  bagi mengekalkan warisan seni turun-temurun, sekali gus menjadi daya tarikan pelancong ke negara kita.

Tarian dapat didefinisikan sebagai satu seni tari pergerakan badan, kaki dan tangan mengikut rentak muzik yang dimainkan dan dipersembahkan oleh setiap kaum mahupun etnik daripada asal usul mereka dengan tujuan tersendiri. Seni tari juga merupakan gerakan terangkai berirama sebagai ungkapan jiwa atau ekspresi manusia dan dalamnya terdapat unsur keindahan yang menggabungkan pergerakan badan, irama, dan penghayatan. Tarian rakyat merujuk kepada sesuatu seni tari yang telah diamalkan selama beberapa keturunan di sesuatu tempat oleh orang kebanyakan.


Setiap negeri mempunyai keseniannya tersendiri. Sebagai contoh, tarian zapin yang cukup sinonim dengan negeri Johor sentiasa diberi keutamaan oleh kerajaan negeri bagi memastikan seni tersebut terus kekal untuk tatapan generasi muda hingga kini. Bagi memastikan hasrat itu tercapai, kerajaan negeri memperuntukkan RM2 juta setahun bagi program pembangunan tarian zapin untuk memperkasakan seni yang menjadi identiti negeri ini.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *