Tuesday, March 7, 2017

SABAR KUNCI KEBERHASILAN

NAMA: NUR ALIA AMIRA BINTI ZAHARI
NO.SIRI: 089
NO. MATRIK: 14021229


Sabar dalam agama ini kedudukannya seperti kepala bagi tubuh. Apabila kepala itu hilang, mungkinkah seseorang itu hidup?!
Sabar dengan tiga macamnya—yaitu bersabar menjalankan perintah Allah subhanahu wa ta’ala, bersabar meninggalkan larangan Allah subhanahu wa ta’ala, serta bersabar menghadapi musibah dan cubaan merupakan kunci berjaya hidup di dunia dan di akhirat.

Allah subhanahu wa ta’ala telah memberi janji-janji yang mulia bagi orang yang bersabar. Di antara janji tersebut ialah orang yang sabar akan dibantu dalam segala urusannya, Allah subhanahu wa ta’ala mencintainya, mengukuhkan hati dan kakinya, memberikan ketenteraman, memudahkannya untuk berbuat ketaatan, dijaga dari dosa, ditinggikan darjatnya dan berazam janji mulia dari Allah subhanahu wa ta’ala.
Bahkan, darjat  kemuliaan dari Allah subhanahu wa ta’ala dan kepimpinan dalam agama didapat dengan kesabaran, sebagaimana firman-Nya subhanahu wa ta’ala,

ÙˆَجَعَÙ„ۡÙ†َا Ù…ِÙ†ۡÙ‡ُÙ…ۡ Ø£َئِÙ…َّØ©ٗ ÙŠَÙ‡ۡدُونَ بِØ£َÙ…ۡرِÙ†َا Ù„َÙ…َّا صَبَرُواْۖ ÙˆَÙƒَانُواْ بِ‍َٔايَٰتِÙ†َا ÙŠُوقِÙ†ُونَ  Ù¢Ù¤
“Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar. Dan adalah mereka menyakini ayat-ayat Kami.” (as-Sajdah: 24)

Apabila seseorang telah menghiasi dirinya dengan tiga bentuk kesabaran, ia akan istiqamah di atas jalan kebenaran. Amal ketaatan akan dia kerjakan, apa pun keadaannya. Kemaksiatan akan dia jauhi, sebesar apa pun dorongan hawa nafsunya. Musibah dunia akan dihadapinya dengan ketabahan, sepahit apa pun rasanya.
Oleh kerana itu,, tidak berlebihan apabila Umar R.A mengatakan, “Kita dapatkan sebaik-baik kehidupan kita dalam kesabaran.”

Ali  R.A  berkata, “Sesungguhnya kedudukan sabar terhadap iman seperti kepala bagi tubuh. Tidak ada iman bagi yang tidak punya sifat sabar.”

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *