NAMA:
NIK NOR FATIHAH BT NIK HUSSIN
NO
SIRI: 041
NO.METRIK
:14021118
KELUARGA
adalah asas ke arah pembentukan masyarakat yang bahagia dan sejahtera. Pembinaan keluarga
bahagia mestilah menerapkan cara hidup yang positif
berlandaskan ilmu dan nilai-nilai yang baik. Dalam kehidupan, setiap insan
mempunyai cara hidup tersendiri untuk menentukan kebahagiaan.
Islam
menggalakkan perkahwinan. Lantaran itu, perkahwinan dalam Islam tidak lain
daripada bertujuan mengawal dan mengatur fitrah kehidupan manusia demi faedah
dan kebaikan manusia baik di dunia mahupun di akhirat. Pembentukan
keluarga bahagia mestilah berlandaskan ajaran Islam. Lantaran itu, Islam
mengajar bahawa keluarga yang bahagia dan sejahtera tidak dapat dibentuk dengan
memusatkan kehidupan pada prinsip buatan manusia.
Isu sosial semasa di Malaysia yang
merangkumi permasalahan individu, keluarga, masyarakat dan negara perlu diatasi
dengan bijaksana dan cara yang terbaik. Permasalahan kekeluargaan seperti
perceraian dalam keluarga membabitkan suami isteri juga semakin
meningkat. Kehidupan yang terlalu mengutamakan harta benda, kerja dan
keseronokan hawa nafsu juga penyumbang kepada masalah dalam keluarga. Selain
itu, kehidupan yang mementingkan hiburan dan kebebasan sosial dikatakan faktor
sampingan yang membawa kepada masalah dalam rumah tangga.
Manusia memerlukan petunjuk dan hidayah Allah
SWT untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan duniawi dan ukhrawi. Keluarga
sangat penting dalam kehidupan manusia kerana ia merupakan asas dalam pembinaan
masyarakat dan negara yang sejahtera. Pembangunan keluarga perlu difahami sebagai
prinsip asas ke arah membina keluarga yang sakinah.
Terdapat
beberapa kajian dari Timur dan Barat yang telah menghasilkan buku berkaitan
dengan pembangunan keluarga. Melalui perkahwinan satu bentuk ke arah hidup
bersama antara lelaki dan perempuan. Setiap pasangan mempunyai tanggung jawab
yang perlu dilaksanakan bagi mengukuhkan institusi keluarga sehingga berkekalan
ke akhir hayat.
Memetik pandangan ilmuwan Islam, Muhammad
Al-Ghazali yang menyatakan pendidikan yang baik akan membentuk akhlak yang
luhur yang dibawa oleh Nabi SAW yang telah berhasil membawa masyarakat yang
penuh dengan petunjuk hidayah. Falsafah pendidikan Islam jelas membawa
kepada kenyataan dalam kehidupan yang terjelma sebagai kesempurnaan. Pembinaan
akhlak yang baik juga menjadi penyumbang kepada pembentukan keluarga yang
bahagia dan sejahtera. Pembentukan iman, akhlak dan amal yang baik akan
menjurus kepada kehidupan yang bahagia.
Tokoh pendidik, Prof. Dr. Hassan Langgulung
menjelaskan pembentukan insan soleh sangat penting dalam pembinaan keluarga.
Insan soleh adalah manusia yang mendekati kesempurnaan. Yang dimaksudkan
pembentukan insan soleh adalah pengembangan manusia yang menyembah dan bertakwa
kepada Allah SWT. Insan soleh akan beriman dengan mendalam dan memahami dirinya
khalifah di bumi ini.
Sebagai prinsip asas setiap ahli keluarga
mestilah memahami sumber rujukan utama iaitu al-Quran dan al-sunnah. Bagi
membentuk keluarga
yang bahagia pemahaman yang baik tentang syariah Islam mestilah
dilakukan sebelum perkawinan.
No comments:
Post a Comment