Tuesday, March 7, 2017

MASJID DI RAJA AL-ISMAILI

Ditulis oleh: Siti Maryam Binti Zulkefli (010)
                   Siti Nabilah Binti Lah Jaafar (024)
                   Noor Syazliyana Binti Mohd Zani (09)
                   Afiqah Binti Che Abdullah (023)

Masjid Al-Ismaili terletak di Bandar baru Pasir Pekan, Daerah Wakaf Bharu, Kelantan. Pada 26  Muharram 1433H bersamaan 22 Disember 2011 yang mana telah berlangsung satu Majlis Solat Hajat dan Upacara peletakan Batu Asas. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad v telah mengampuni perkenan berangkat mencemar duli menyempurnakan majlis ini. Turut sama berangkat ke majlis tersebut adalah Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan. Majlis ini juga dihadiri oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato’ setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta penduduk sekitar kawasan Bandar baru Pasir Pekan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad v selanjutnya mengampuni perkenan untuk menyempurnakan peletakan Batu Asas Pembinaan Masjid Al-Ismaili dengan disaksikan oleh YTM Tengku Mahkota Kelantan dan pembesar-pembesar Negeri.

*      Seperti mana yang kita tahu, Masjid Al-Ismaili merupakan cetusan  idea Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad v dan ianya merupakan hadiah abadi kepada Ayahanda baginda iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra. Masjid yang didirikan ini berteraskan tema lima  iaitu islam terbina di atas rukun islam yang lima, yang mana ianya demi menjaga lima Maqosid As-Syariah yang terdidik melalui lima hukum bagi panduan lima pancaindera manusia untuk menakhodai diri di dunia menuju akhirat. Masjid ini juga dibina dengan reka bentuk lima menara,lima anak tangga dan dipagari oleh enam kubah yang melambangkan rukun iman yang enam. 

*      Kemudahan yang terdapat di Masjid Al-Ismaili ialah masjid ini dilengkapi dengan ruang solat utama seluas 20,750 kaki persegi yang dapat menampung keperluan Jemaah seramai 1500 orang Jemaah pada satu-satu masa. Masjid ini juga dilengkapi dengan perpustakaan kecil untuk kemudahan kakitangan dan ahli Jemaah masjid membuat rujukan sudut kanak-kanak dan sebuah bilik VIP turut disediakan dengan kemudahan lengkap. Selain itu bilik mesyuarat juga disediakan untuk kegunaan ahli jawatankuasa masjid melakukan perbincangan dan syura ruang klinik wakaf. Turut disediakan ialah ruang pejabat masjid untuk kegunaan pengurusan dan pentadbiran harian masjid.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *