NOR
AKASHAF BINTI MOHD UZITA
058
14021250
Kecanggihan teknologi pada zaman ini memang sangat membantu dalam setiap
urusan seharian kita. Sedar atau tidak, kadang-kadang ia juga boleh memeningkan
kepala semua pihak termasuk pendidik guru. Kemodenan atau kepesatan dan
kemajuan pembangunan negara, guru perlu memikirkan cara pembelajaran kepada
semua pelajar-pelajarnya mengikut kemodenannya.
Pada zaman teknologi maklumat ini, akses kepada maklumat teramat mudah
di hujung jari. Pelajar sekarang terdorong untuk mengamalkan budaya ilmu yang
ringan hingga ada yang hanya memuatkan sumber Internet sebagai bahan rujukan.
Ini menunjukkan mereka tidak lagi menjadikan buku sebagai sumber rujukan,
sedangkan maklumat daripada buku lebih autentik lantaran telah dikenal pasti
penulis serta wibawaannya.
Namun, lebih penting mereka perlu disedarkan tentang keikhlasan hati
dalam usaha menuntut ilmu lantaran ilmu itu merupakan cahaya yang hanya akan
mencari bekas yang suci dan bersih untuk dikunjunginya iaitu hati yang ikhlas.
Niat menunutut ilmu sebagai ibadah dapat mendekatkan diri kepada PenciptaNya.
Mereka juga perlu dipupuk dengan sifat cinta terhadap ilmu serta kesedaran
tentang kepentingan ilmu yang akan berupaya meningkatkan derjat dan nilai
mereka sebagai seorang insan.
Sepertimana karbon (arang) yang terpaksa melalui proses bawah tekanan
dan suhu yang tinggi bagi mentransformasikannya menjadi intan yang bersinar
gemerlapan dan nilai ribuan malah jutaan ringgit, mereka harus bersedia untuk
berusaha dengan sabar, tekun dan gigih tanpa mengenal erti jemu dan putus asa
dalam pencarian ilmu sekiranya mereka betul-betul ingin menjadi insan yang
cemerlang.apabila kita merujuk kepada usaha ulama’-ulama dahulu yang begitu
gigih dalam mendalami dan mencari ilmu tanpa adanya sebarang teknologi seperti
kini, malah ilmu mereka masih menjadi rujukan dan digunakan sehingga pada masa
kini. Perkara ini berlaku kerana keikhlasan seseorang yang mencari ilmu menjadi
tumpuan ramai.
Tiada
jalan pintas untuk berjaya.
Dengan mengamalkan budaya “cut ada paste”, tugasan dapat
diselesaikan. Tetapi, tanpa keaslian apatah lagi keikhlasan mana mungkin
kecermerlangan dapat diimpikan. Justeru, sesuai dengan kalimah iqra’ yang
merupakan wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W, usaha pencarian
ilmu perlu diringi dengan membudayakan tabiat membaca bahan-bahan yang bermutu,
berilmiah dan sumber yang autentik. Bukannya sekadar membaca dan menyunting
bahan ringan yang diperoleh daripada Internit, artikel yang berwasit atau
tugasan orang lain.
Justeru, budaya ilmu yang
sihat perlu terus dipupuk seiring dengan kepesatan dan kecanggihan perkembangan
teknologi. Kebijaksanaan dalam penggunaan teknologi perlulah berpaksi pada satu
asas yang kukuh sesuai dengan maksud yang tersurat dan tersirat dalam falsafah
pendidikan negara, kepatuhan kepada Tuhan.
No comments:
Post a Comment