Tuesday, March 7, 2017

JUJURNYA SEORANG KANAK-KANAK.

NAMA: FARHATUN NAJAT BINTI MOHD NASIR.
NO MATRIK: 14021195.
NO SIRI: 079.

            Ketika masih kecil, Abdullah bin Mas’ud pernah mengambil upah menggembala kambing. Suatu hari semasa sedang berada di kawasan penggembalanya, beliau ternampak dua orang lelaki tua yang kelihatan tenang datang ke arahnya. Itulah Rasulullah S.A.W. dan sahabatnya, Abu Bakar al-Siddiq. Walaupun mereka berdua masih jauh, beliau dapat melihat keadaan mereka yang amat keletihan. Pasti mereka berdua sangat dahaga setelah menempuh perjalanan yang cukup memenatkan.

Setelah tiba di tempatnya, mereka berdua memberi salam dan berkata:”Wahai budak, perahkan susu daripada kambing-kambing ini supaya dapat menghilangkan dahaga kami dan membasahkan urat tekak kami.”

Abdullah berkata:”Saya tidak akan melakukannya. Kambing ini bukan milik saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya.”  Tetapi, kedua-dua lelaki tersebut tidak membantah jawapnnya.Kemudia, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Tunjukkan kepadaku seekor kambing yang masih belum disetubuhi oleh kambing jantan.” Maka Abdullah menuruti perintah tersebut dan menunjukkan kepadanya seekor kambing kecil yang berada berdekatan. Baginda terus menuju ka arah kambing itu lalu menyapu kantung susunya dengan tangan Baginda yang mulia sambil dengan menyebut nama Allah s.w.t.

Dengan kuasa Allah s.w.t., kantung susunya mengeluarkan susu yang banyak. Baginda dan sahabatnya itu minum daripada susu tersebut, sedangkan Abdullah hanya melihat dan hampir-hampir tidak mempercayainya. Abdullah melihat kejadian tersebut dengan penuh takjub dan berkata dalam dirinya: “Bagaimana pula kambing kecil yang tidak pernah disetubuhi oleh kambing jantan mampu mengeluarkan susu?”


Setelah dahaga kedua-duanya hilang, Baginda berkata kepada kambing tersebut: “Kecutlah.” Dengan kuasa Allah s.w.t., kantungnya mengecil dan menjadi sama seperti keadaannya yang asal. Sejak daripada kejadian tersebut, Abdullah bin Mas’ud meninggalkan kerjanya sebagai pengembala dan menawarkan diri untuk berkhidmat kepada Rasulullah s.a.w.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *