Tuesday, March 7, 2017

GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK GOLONGAN REMAJA DAN BELIA.

NAMA: FARHATUN NAJAT BINTI MOHD NASIR.
NO MATRIK: 14021195
NO SIRI: 079.

            Gejala keruntuhan akhlak yang berlaku dalam kalangan para pelajar biasanya terbentuk tidak menghormati guru, ponteng sekolah dan menghabiskan masa di ciber café. Sebilangan kecil pelajar pula terlibat dengan perbuatan merokok,berpakaian tidak sopan dan sebagainya. Semua ini boleh menyebabkan mereka tercicir dalam pelajaran dan sukar dikawal.

Apabila gejala-gejala di atas tidak dibendung sejak dari awal, ia boleh bertukar menjadi perbuatan jenayah yang sangat diperangi oleh Islam. Sikap tidak menghormati guru dan peraturan sekolah contohnya boleh membawa kepada tindakan mendera pelajar junior, merosakkan harta benda awam (vandalism) dan memukul guru sendiri.

Selain itu, perbuatan merokok pula boleh membawa kepada penagihan dadah, pengambilan pil kuda, dan lumba haram. Untuk mendapatkan wang bagi tujuan berkenaan, mereka kerap kali melakukan perbuatan meragut, mencuri kenderaan dan pecah rumah.


Gejala keruntuhan akhlak dan jenayah sebegini pada asasnya adalah berpunca daripada kegagalan ibu bapa dalam melaksanakan tanggungjawab mendidik (mentarbiyah) dan mengawal anak-anak yang berkenaan. Ia juga dapat menunjukkan kegagalan sistem pendidikan negara dalam melahirkan generasi pelajar yang bermoral dan berakhlak serta patuh syariat. Sekaligus dapat menunjukkan kelemahan penguatkuasaan undang-undang negara yang yang sepatutnya berperanan dalam mengawal masyarakat daripada terjebak dengan gejala keruntuhan akhlak dan perbuatan jenayah.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *