NAMA : SITI HARTINI BINTI HUSING
NO.MATRIK : 14021155
Ibadah adalah aspek penting dalam kehidupan manusia . Ia menjadi penghubung antara hamba dengan Allah SWT dan merangkumi semua kegiatan manusia dari segi rohani dan jasmani .
Perkara asas yang menjadi syarat sesuatu amalan itu dikira sebagai ibadah ialah aspek kepatuhan kepada Allah dan Rasul-Nya , pelakunya seorang yang beriman serta pelaksanaannya hendaklah dengan niat kerana Allah SWT dan tidak terkeluar daripada peraturan yang ditetapkan oleh syarak .
Tujuan pelaksanaan ibadah itu adalah untuk memenuhi matlamat penciptaan manusia itu sendiri seperti dalam firman Allah SWT dalam surah al – Zariyat ayat 56 yang bermaksud “ Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada – Ku .
Ibadah dari segi bahasa bermaksud merendah diri , tunduk , patuh , taat dan memperhambakan diri kepada yang lain . Mengikut istilah syarak , ibadah adalah bermaksud taat , patuh serta merendah diri sepenuhnya kepada Allah SWT , mengikut peraturan dan suruhan Allah SWT sebagaimana yang ditetapkan dalam al-quran dan sunnah Rasulullah SAW . Kepatuhan ini hendaklah dilakukan secara berterusan setiap masa hingga ke akhir hayat . Ibadah juga merangkumi makna tunduk dan cinta kepada Allah SWT .
Asas ibadah ialah tunduk dan cinta kepada Allah SWT . Kepatuhan ertinya menurut , mengikut dan mendekatkan diri deengan segala perintah yang disyariatkan Allah SWT . Kepatuhan ini berasaskan perasaan sedar terhadap keesaan Allah SWT serta kekuasaanNya atas segala sesuatu yang dibandingkan dengan dengan kedaifan dan kekerdilan diri sendiri .
Kecintaan pula bererti kepatuhan yang lahir daripada rasa cinta kepada Allah SWT . Ia berdasarkan kesedaran manusia terhadap limpah kurnia Allah SWT , nikmat dan rahmatNya . Kesedaran itu juga lahir daripada rasa kagum terhadap kemuliaan dan kesempurnaan Allah SWT . Firman Allah SWT dalam surah al-baqarah ayat 165 yang bermaksud ( walaupun demikian ) ada juga diantara manusia yang mengambil selain dari Allah , ( untuk menjadi) sekutu (Allah) , mereka mencintainya (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah , sedang orang – orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...
Ibadah yang dilakukan oleh seseorang muslim mempunyai ciri – ciri tertentu . Ini akan membezakan antara ibadah dengan adat , juga antara ibadah orang islam dengan orang bukan islam . Ciri-ciri ibadah adalah perhubungan manusia dengan Allah SWT adalah secara terus , iaitu memerlukan perantaraan sebagaimana ajaran agama lain .
Peribadahan juga tidak terbatas di tempat – tempat tertentu . Ibadah meliputi semua aspek kehidupan dengan syarat – syarat tertentu iaitu selaras dan tidak bercanggah dengan hukum syarak , dilakukan dengan niat kerana Allah SWT dan dilaksanakan dengan sempurna mengikut syarat – syarat yang ditentukan serta mengutamakan ibadah yang wajib .
Ibadah terbahagi kepada dua , iaitu ibadah khusus dan ibadah umum . Ibadah khusus ialah ibadah yangm melibatkan perjubungan manusia dengan Allah SWT . Ia dilakukan untuk menghampirkan diri manusia kepada Allah SWT . Ibadah khusus terbahagi kepada dua , iaitu wajib dan sunat .
Ibadah wajib merupakan ibadah yang mesti dilaksanakan setiap individu Muslim yang mencukupi syarat – syaratnya .Orang islam akan mendapat dosa jika tidak melakukan ibadah wajib . Ibadah mesti dilakukan dengan sempurna mengikut syarat – syarat yang ditetapkan supaya ia diterima oleh Allah SWT .
Diantara ibadah khusus yang wajib ialah mendirikan solat lima waktu sehari semalam , menunaikan zakat apabila mencukupi syarat – syaratnya , berpuasa pada bulan ramadhan dan mengerjakan haji di baitullah jika berkemampuan . Ia merupakan tuntutan fardu ain kepada setiap individu muslim.
Manakala ibadah khusus yang sunat ialah ibadah – ibadah yang digalakkan oleh islam . Orang islam yang mengerjakan ibadah sunat akan mendapat pahala manakala jika meninggalkannya tigak berdosa . Antara ibadah sunat ialah sedekah , puasa sunat , solat sunat , akikah dan sebagainya .
No comments:
Post a Comment