Sunday, March 12, 2017

Bersuci

NAMA : SITI HARTINI BINTI HUSING
NO.MATRIK : 14021155

Islam menggalakkan umatnya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih serta suci dari segi rohani dan jasmani , lebih – lebih lagi ketika menunaikan ibadah .

          Bersuci adalah tuntutan agama . Setiap orang islam dikehendaki bersuci sama ada untuk melaksanakan ibadah atau sebaliknya . Hukum bersuci adalah wajib .

          Antara kebersihan bersuci adalah menjadikan badan segar , sihat , menguatkan rohani dan jamani serta menjauhkan diri daripada penyakit . Bersuci juga dapat menjauhkan sifat keji dan godaan syaitan . Dalam konteks ibadah , bersuci membolehkan seseorang itu menunaikan ibadahbdengan sempurna bagi memperoleh keredhaan Allah SWT .

Alat yang digunakan untuk bersuci ialah air mutlak , tanah atau debu tanah , benda – benda yang kesat seperti kertas tisu , batu , kain , daun atau kulit kayu , benda yang bersifat tajam zatnya seperti cuka , kapur , tawas , dan bahan kimia bagi tujuan menyamak kulit bangkai binatang .


Cara bersuci terbahagi kepada lima iaitu pertama intinjak , iaitu menghilangkan najis dari qubul dan dubur sama ada dengan air atau lain – lain yang diharuskan oleh syarak . Selain air , benda – benda yang kering , keras , suci dan kesat seperti kayu batu dan kertas tisu boleh digunakan untuk menghilangkan najis . I a tidak termasuk bahan – bahan makanan dan tulang .

Yang kedua ialah wudhuk , ia adalah salah satu cara bersuci dengan air bagi menghilangkan hadas kecil dengan cara tertentu , iaitu dengan membasuh muka , tangan hingga ke siku , menyapu sebahagian kepala , dan membasuh kaki ke buku lali dengan syarat – syarat tertentu .

Seterusnya ialah tayammum , iaitu mengangkat hadas kecil atau besar dengan cara menyapu debu tanah ke muka dan kedua – dua belah tangan hingga ke siku dengan syarat – syarat tertentu . Tayammum adalah kelonggaran (rukhsah ) yang diberikan untuk menggantikan wudhuk atau mandi wajib , atau menggantikan anggota wudhuk yang tidak boleh terkena air sebagai keringanan bagi orang yang tidak dapat menggunakan air kerana halangan tertentu .

Yang keseterusnya ialah mandi , iaitu menghilangkan najis dan kekotoran serta meratakan air ke seluruh anggota tubuh badan dengan syarat – syarat tertentu . Ia terbahagi kepada dua jeni iaitu mandi wajib dan mandi sunat . Mandi  wajib iaitu dengan sebab jimak ( bersetubuh) , keluar mani ,mati , haid , nifas dan wiladah . Manakala mandi sunat pula ialah seperti mandi pada pagi hari jumaat dan pagi hari raya .

Yang terakhir ialah samak , iaitu menghilangkan bahan – bahan selain daripada kulit yang terdiri daripada darah , lemak , daging , lendir dan juga bulu dengan menggunakan alat – alat menyamak seperti yang telah dinyatakan tadi , dan menyucikan bahagian anggota badan dan tempat yang terkena najis anjing dan babi dengan menggunakan tanah dan air .

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *