Tuesday, January 10, 2017

SENI BINA BAZAR TOK GURU

NAMA: SITI FATIMAH AZZAHRA BINTI BAHRI (NO.SIRI: 004)
              TUAN SYAZWANI BINTI TUAN JAAFAR (NO.SIRI: 034)
              NURUL AFIQAH BINTI MOHD RAZALI (NO.SIRI: 033)
              HASMIZA BINTI MUSTAFA (NO.SIRI: 019)
              NOR SA’ADAH BINTI OMAR (NO.SIRI: 018) 

Namanya cukup hebat. Pembinaanya juga cukup gah yang bercirikan senibina Islam dengan menampilkan enam kubah besar berwarna hijau, mengatasi bilangan kubah di mana-mana masjid di Kelantan.
Konsep reka bentuk Bazar Tok Guru yang bercirikan seni bina Islam ini diambil daripada elemen-elemen reka bentuk masjid di Mekah dan Madinah diantaranya ialah reka bentuk kubah dan gerbang masuk yang diambil daripada masjid Nabawi. 
Bazar Tok Guru merupakan salah satu projek yang dibangunkan oleh kerajaan Pas Kelantan melalui Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang dipengerusikan oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Kedudukannya yang strategik di tengah-tengah Bandar Kota Bharu yang akan menjadi tumpuan pelancongan di dalam dan luar negeri kerana berhampiran dengan pejabat-pejabat kerajaan, swasta dan universiti di sekitarnya.
Bazar Tok Guru dibangunkan dengan impian untuk dimartabatkan sebagai mercu tanda bagi bandar Kota Bharu dan seluruh negeri Kelantan. 
Difahamkan, bazar ini diberikan nama Tok Guru untuk menghargai jasa tok-tok guru di Kelantan, yang banyak memberi sumbangan kepada pembangunan negeri dan rakyat.
Tambahan pula, Bazar Tok Guru ini merupakan bazar yang paling besar dan luas di Kelantan, serta penampilan konsep grand bazaar yang berada di tengah-tengah pusat bandar raya Kota Bharu

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *