Sunday, January 15, 2017

APA ITU LGBT?

Ditulis Oleh: NORFARHANA BINTI MAT NAIB
 \ no siri: 031\ no matrik: 14021130
 

Pada tahun 2016, fenomena mengenai LGBT semakin hangat diperkatan di medan sosial apabila Malaysia dikejutkan oleh  gerakan kemanusiaan yang menuntut golongan Lesbian,Gay,Biseksual dan Transeksual (LGBT) diiktiraf di Negara ini. Usaha ini diperjuangkan oleh ambiga sreevanasan,beliau dengan lantang menyuarakan sokongan beliau keatas golongan LGBT di malaysia. Dan lebih menyedihkan, ‘perjuangan’ beliau ini mula mendapat perhatian dan sokongan daripada institusi dan individu-individu muslim sendiri.

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berperlembagaan dan menjadikan agama islam sebagai agama persekutuan, perjuangan Ambiga jelas bertetangan dengan ajaran Islam dan tidak seharusnya diteruskan kerana ianya menggangu sentimen keagamaan di Malaysia.
Pada 6 Mei 2012,Muzakarah jawatan kuasa fatwa MKI kali ke99 ini menegaskan bahawa isu LGBT secara qatie dan jelas telah diharamkan oleh Islam dan tidak memerlukan sebarang fatwa dikeluarkan kerana amalan songsang ini  akan membawa kehancuran kepada negara dan umat Islam seluruhnya.
 

Pengertian LGBT merupakan singkatan bagi Lesbian,Gay,Biseksual,Transgender. Di sebalik singkatan LGBT tersebut ia mempunya istilah yang tertentu iaitu:-
*Lesbian : lesbian itu adalah istilah yang merujuk seorang perempuan yang mencintai atau menyukai perempuan, mahupun dari segi fizik ataupun dari segi seksual dan juga spiritual.
*Gay :  sedangkan gay sendiri adalah seorang lelaki mencintai atau menyukai lelaki dan kata-kata gay ini sering disebutkan untuk memperjelas atau tetap merujuk pada perbuatan Homoseksual
*Bisexual : orang yang memiliki ketertarikan secara psikologi,emosional,dan seksual kepada lelaki dan perempuan.
*Transgender : sedangkan untuk transgender itu perilaku yang dilakukan baik oleh lelaki-lelaki mahupun perempuan bagi berpenampilan seperti gender yang mereka inginkan.

 Dari semua pengertian itu sudah terang lagi bersuluh bahawa perbuatan tersebut dilaknat oleh Allah swt  kerana perbuatan tersebut bertentangan dengan hakikat fitrah manusia sebagaimana peristiwa yang berlaku pada kaum Nabi Lut yang melampaui batas dan melampiaskan nafsunya bukan pada fitrah yang telah Allah tetapkan. Al-Quran mencela tindakan mereka ini kerana menikmati kelazatan hubungan seks bertentangan dengan fitrah iaitu antara lelaki dan lelaki juga antara perempuan dan perempuan. Ianya terbukti semata-mata kerana mengikuti nafsu syahwat semata-mata.
“Dan (kami juga telah mengutus) Lut (kepada kaumnya). (ingatlah) tatkala dia berkata kepada mereka: “ mengapa kamu mengerjakan perbuatan “faashiyah” itu,yang belum pernah dikerjakan oleh seorangpun (di dunia ini) sebelummu. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melampiaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”.( Al’Araf:80-81).

Pengakhiran kepada kaum Nabi Lut ini, mereka ditimpa hujan batu dan membinasakan sepertimana firman Allah saw yang menyebut didalam Al-Quran dalam surah Al-Araf ayat 84 bermaksud,
“Dan kami turunkan ke atas mereka hujan (batu), maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang yang berdosa itu.”jaminan keselamatan buat nabi lut dan kaumnya yang beriman,Allah menyelamatkan mereka daripada bala bencana tersebut.
Kisah lalu yang telah al-Quran ajarkan bukanlah perkara yang asing pada masa dan zaman kini. Barat menunjukkan contoh paling konsisten dan menjadi antara pelopor yang kuat mempromosi hubungan sesame jenis ini ke serata dunia.
Sebagai umat islam kita perlu berwaspada dan berhati-hati dengan kegiatan penyebaran LBGT di Negara ini kerana ia merupakan salah satu agenda syaitan yang terbesar bagi memusnahkan fitrah kejadian manusia dan berusaha memulihkan saudara islam yang terpesongkan oleh syaitan supaya kembali ke pangkal jalan.

[RUJUKAN]
1.Akal,siapa tuhan kamu?sebuah pembokaran isu LIBERALISME di Malaysia
2.a1-Quran terjemahan

3.  http://www.e-fatwa.gov.my/acara/muzakarah-jawatankuasa-fatwa-mki-kali-ke-99-0

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *