NAMA : CHE
DAHLIAWATI BINTI CHE DAUD
NO SIRI : 051
Secara
umumnya, peranan wanita sebagai isteri,
dan merupakan suri rumah tangga atau wazir kepada suaminya dalam institusi
keluarga. Sebagai ibu, wanita merupakan pengasuh dan pendidik kepada
anak-anaknya. Kegagalan wanita untuk memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan
ini akan mengakibatkan institusi keluarga menjadi goyah dan kucar-kacir. Fitnah
akan berlaku apabila berlaku pengabaian peranan, hak dan tanggungjawab dan
akhirnya, anak-anak terbiar tanpa asuhan dan didikan, serta kasih sayang yang
sempurna.
Pengabaian tanggungjawab dan peranan akan
melahirkan masyarakat yang rosak akhlaknya terutamanya anak-anak yang tidak
lagi menghormati ibu bapa (menderhaka) dan terpengaruh dengan gejala-gejala
sosial yang tidak sihat. Institusi keluarga yang goyah dan kucar-kacir akan memberikan
kesan kepada institusi masyarakat dan akhirnya, institusi negara.
Bagi wanita yang beriman, rumahnya merupakan
sambungan kepada masjid, dan sebagaimana institusi masjid wajib diimarahkan,
begitu juga institusi rumah tangga (rumah). Wanita yang mengimarahkan rumah
dengan perkara- perkara berlandaskan tuntutan Islam akan menjadi tempat untuk
mendapat ketenangan, tempat turunnya sakinah, tempat perlindungan dari fitnah,
dan tempat untuk mengumpul kekuatan rohani dan jasmani untuk keluarganya.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Bahawa apabila seseorang wanita mencari keredaan suaminya dan menguruskan
kerja-kerja rumahnya dengan puas hati suaminya, maka la mendapat ganjaran yang
sama dengan lelaki dalam amal-amalnya kerana Allah itu. Berdasarkan kenyataan
ini, tidak bermakna peranan, hak dan tanggungjawab wanita hanya terhadap
institusi keluarga sahaja. Sebaliknya, dengan keizinan suaminya ia tidak
dilarang untuk berkhidmat kepada institusi masyarakatnya setelah memenuhi
kewajiban institusi keluarga, dengan syarat menjaga kehormatan dan menjaga
pergaulan.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Katakanlah
kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan
memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali
yang (biasa) nampak dan padanya (Surah Al-Nur: Ayat 31). Berdasarkan ayat
tersebut, Allah s.w.t. memerintahkan supaya wanita Islam memelihara
penglihatannya daripada perkara yang menaikkan keinginan nafsu dan menutup
aurat menurut tuntutan syariat Islam. Sesungguhnya, memelihara penglihatan,
memelihara keinginan nafsu dan menutup aurat merupakan sebahagian daripada
tujuan untuk memelihara akhlak dan kehormatan wanita dan mengelakkan berlakunya
gejala-gejala tidak bermoral. Peraturan tersebut membuktikan Islam bukan sahaja
memberikan kebebasan yang cukup sempurna kepada wanita tetapi menurut
batasan-batasan tertentu. Batasan-batasan kebebasan demi untuk memelihara
keturunan manusia atau zuriat yang mulia dan bermaruah.
No comments:
Post a Comment