Ditulis oleh :
Ahmad Aiman Bin Abdul Rashid
No. Matrik : 14021080 | No.siri : 097

Sebagai manusia yang tunduk kepada keesaan Allah harus sentiasa
mengingati bahawa setiap perjalanan dalam kehidupan itu adalah sebahagian
destinasi. Tidak kira destinasi itu
adalah tempat yang ingin kita tujui atau sebaliknya tetapi itulah pencapaian
yang kita raih. Oleh sebab itu, bersegeralah melakukan kebajikan dan amal
kebaikan agar segala yang dilakukan itu tidak membuatkan kita dalam kerugian.
Tidak perlu tunggu sehingga menjadi orang kaya atau pemimpin baharu
hendak berbakti dan membuat amal jariah kepada masyarakat. Jadi diri sendiri
sudah mencukupi. Yang penting bersegeralah melakukan amalan baik dan berdakwah
di jalan Allah. Sesungguhnya esok atau lusa kita akan mati dan setiap yang
berlaku tidak dapat diduga.
Benarlah pepatah lama yang mengatakan bahawa masa itu emas. Ini
kerana sedetik masa yang berlalu tidak akan dapat berulang kembali. Manusia
yang mensia-siakan masa adalah manusia yang mendapat kerugian di dunia dan di
akhirat.
Firman Allah yang bermaksud: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu
berada dalam kerugian, melainkan orang yang beriman dan beramal soleh dan orang
yang menyeru kepada kebenaran dan kesabaran.” (al-Asr: 1-3)
No comments:
Post a Comment